Pada esok paginya, seperti kebiasaannya, kami satu keluarga melakukan solat Subuh secara berjemaah. Abi menjadi imam. Abang aku pula tiada di rumah kerana dia berkhuruj selama 40 hari di Pahang. Abang aku berjanji dia akan belikan jubah dan niqab untukku bila balik nanti.
Selepas itu, kami mengaji Al-Quran bersama-sama. Apabila Ummi atau aku tersilap makhraj mahupun tajwid, Abi akan membetulkan kami dengan penuh berhemah, lemah-lembut dan kesabaran. Aku sangat bersyukur Allah SWT telah mengurniakan dua insan hebat ini kepadaku. Aku berdoa dalam hati supaya mereka berdua dan abang aku sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmatNya. Amiin.
Setelah selesai mengaji Al-Quran dan membuat usrah di mana Abi menjadi naqib (ketua), aku pun menolong Ummi memasak di dapur manakala Abi keluar seketika untuk membeli surat khabar.
Di dapur, aku menolong Ummi memasak French Toast dan sosej bakar. Memang sedap bila dimakan dengan sos cili. Sedap walaupun ringkas.
Apabila bersarapan, Abi berkata bahawa rumah kawannya di sekitar Tanjung Malim jadi kami kena terus gerak selepas bersarapan. Abi juga menyuruh kami memakai pakaian yang kemas dan cantik kerana ada majlis makan-makan di rumah kawannya itu.
Selepas bersarapan, aku mandi sekejap dan memakai jubah berwarna coklat, pashmina coklat gelap dan niqab hitam. Ringkas tapi kemas dan sopan. Sesungguhnya Allah itu cantik dan menyukai yang cantik (bukan sahaja luaran tapi juga dalaman).
Aku bergegas ke kereta Honda Civic milik Abi setelah sudah bersiap. Rupanya, Ummi dan Abi sudah menunggu aku. Abi kelihatan segak dengan jubah dan serban putihnya manakala Ummi kelihatan anggun dengan tudung labuh bulat biru cair, jubah biru gelap dan niqab hitam. Aku suka sangat melihat Ummi berniqab kerana beliaulah yang banyak memberikan inspirasi kepadaku untuk berniqab demi taqarrub (mendekatkan) diri yang lemah ini kepada Allah SWT.
“Amboi, lamanya bersiap ya sayang,” perli Ummi.
“Nak berjumpa dengan siapa tu?” sindir Abi. Janggutnya bergerak-gerak kecil apabila dia tersenyum.
Di dalam kereta, Abi memasang radio pada saluran IKIM.fm. Subhanallah, sedap lagu-lagu di saluran radio ini serta sarat dengan tarbiyyah-tarbiyyah (pengajaran) juga. Kemudian, lagu Kembali dari Kumpulan Far East pula bermain di radio. Sedapnya lagu tu……..
ZzzzzzzzzzzzZZZzzzzzzzzzZZZzzzzzzzzz…
“Adawiyah… Bangun Adawiyah…” sebuah suara yang halus memanggilku.
“Uhh… Saya di mana ni?” aku menjawab dalam keadaan mamai. “Saya tak nak bangun. Nak tiduuur…..”
Piak. Kakiku dipukul dengan lembut dan halus. Aku membuka mataku. Rupanya Ummi yang mengejutkanku dari tidurku.
“Kami dah sampai dah, Adawiyah,” kata Ummi. Abi pula kelihatan sedang mengambil udara di luar kereta.
“Dah sampai? Ya Allah, dah berapa jam Adawiyah tidur ni?” aku tertanya diriku dengan agak kuat.
“5 jam,” jawab Ummi dengan bersahaja. “Itulah. Online lagi malam-malam kat Facebook mengomen gambar-gambar orang.” Sempat lagi Ummi menyindirku.
Aku membetulkan pashmina dan niqabku sebelum melangkah keluar dari kereta. Terasa dahaga pula setelah tidur selama 5 jam dalam kereta. Aku melihat sekelilingku. Banyak pokok-pokok dan tanaman. Ada juga beberapa ayam melintas jalan sambil berkokok kecil.
Hmm… Rumah kawan Abi ni taklah besar sangat tapi keadaan kat sini sangatlah nyaman dan aman. Comel saja ayam-ayam ni. Mesti sedap kalau digoreng. Perutku terasa sedikit kosong dan tekakku pula kering. Biasalah kalau tidur lama-lama dalam kereta ketika dalam perjalanan menuju ke mana-mana destinasi yang jauh. Aku semakin tidak sabar untuk menikmati juadah yang bakal disediakan di rumah kawan Abi ini.
Tapi aku terperasan sesuatu. Kata Abi, ada makan-makan di rumah kawannya ini tapi kenapa rumah ini macam tiada orang sahaja? Bukan ke rumah yang ada makan-makan ni biasanya penuh dengan orang yang datang menziarahi? Agak pelik di sini ya. Hmm…
“Adawiyah,” kata Abi sambil datang menghampiriku. “Sebenarnya Abi bawa Adawiyah ke sini bukan untuk makan-makan…”
“Huh?” Aku pelik seketika. “Tapi Adawiyah lapar dan dahaga ni Abi…”
“Bukan itu maksud Abi. Abi bawa Adawiyah datang sini untuk bertaaruf dengan bakal tunang Adawiyah.”
Aku tertelan air liurku. Tanganku kananku terus menggenggam pergelangan tangan kiri Ummi yang berdiri di sebelah kananku.
“Sabar Adawiyah sayang,” kata Ummi dengan lembut. Matanya bersinar lembut. Niqabnya lembut dibuai-buai angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa. Aku dapat mengagak bahawa Ummi sedang tersenyum walaupun wajahnya terlindung di balik niqab hitamnya. “Ummi dan Abi dah kenal sangat sikap Adawiyah ni. Kalau kami tak berhelah semalam, sudah tentu Adawiyah takkan ikut kami bertaaruf dengan pemuda ini. Adawiyah… Yakinlah dengan pilihan kami kerana kami memilih pemuda ini berdasarkan agamanya,” jelas Ummi dengan lembut kepadaku.
Ketika ini, aku melihat Abi sedang bersalaman dengan seorang lelaki yang lebih kurang umur Abi juga. Kemungkinan ini adalah bakal mentuaku. Ya Allah… siapakah pemuda yang ditulis di dalam Loh Mahfuz bahawa dialah jodoh dunia dan akhiratku? Ya Allah… Engkaulah yang Maha Mengetahui sedangkan aku yang lemah ini tidak mengetahui.
Ummi menarik tanganku dengan lembut. “Mari sayang. Kita masuk ke dalam rumah ini ya.”
Aku sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Nampaknya aku terpaksa menurut kehendak Abi dan Ummi jadi aku pun mengikut mereka melangkah ke dalam rumah ini.
“Assalamu’alaikum ya Adawiyah…” Aku disapa lembut oleh lelaki yang bersalaman dengan Abi tadi dan seorang wanita yang pada sangkaanku adalah isteri kepada lelaki tersebut.
“Wa’alaikumussalam warahmatullah…” Aku menjawab salam pakcik dan makcik itu yang mungkin bakal menjadi bakal abi dan ummi mentuaku. Suaraku terketar-ketar. Ya Allah, hanya Engkau yang memahami perasaanku sekarang.
Walaupun aku tidak mengenali dua insan yang sedang berdiri di hadapanku ini, namun memandang wajah mereka memberikan sedikit ketenangan kepadaku. Seakan-akan terdapat nur (cahaya) di wajah bersih mereka yang sudah sedikit berkedut dimakan usia. Pakcik itu berbaju Melayu hijau dan bersongkok hitam. Nampak segak dan kemas. Makcik itu pula bertudung labuh dan berbaju kurung hijau. Nampak anggun dan sopan. Sejuk hati aku memandang dua insan ini yang mungkin bakal menjadi sebahagian daripada hidupku nanti.
Mereka berdua pun menjemputku dan Ummi serta Abi duduk di sebuah sofa yang empuk. Teh panas dan kuih-muih sudah sedia terhidang di atas meja kecil di hadapan kami. Pakcik dan Makcik itu pula mengambil tempat duduk berlawanan dengan tempat duduk kami sekeluarga. Hatiku kian berdebar. Tekakku pula semakin kering akibat rasa gementar tapi aku pula merasa segan untuk meminum teh panas yang sedia terhidang itu.
“Alhamdulillah dapat juga kami berjumpa dengan Adawiyah hari ni,” kata Pakcik itu memulakan bicara. “Nama pakcik Ahmad Jaris. Nama isteri pakcik pula Nur Rumaisa.”
“Eh… Jemputlah minum dulu awak semua. Nanti dah sejuk tak sedap pula,” kata Makcik Rumaisa sambil tersenyum. Matanya bersinar. Kelihatan dia sangat gembira. Tetapi… Di manakah pemuda itu yang nak bertaaruf denganku? Sudah kecut dan larikan diri ke?
Aku mengambil secawan teh panas dan menghulurkannya kepada Ummi. Setelah itu, aku menghulurkan secawan teh kepada Abi pula. Sebelum aku mengambil secawan teh untuk diriku, aku bertanya dahulu kepada Pakcik Jaris dan Makcik Rumaisa, “Pakcik dan Makcik tak minum ke?”
“Ahh… Kami dah minum tadi ya Adawiyah,” balas Makcik Rumaisa dengan lembut.
“Owh okey,” aku hanya mampu berkata. Aku tidak tahu hendak membuka cerita mengenai apa. Malu dan segan menggamit diri ini.
“Adawiyah tahu kan kenapa Adawiyah ada di sini hari ni?” tanya Pakcik Jaris tiba-tiba.
Muka aku tiba-tiba terasa panas. Kepanasan itu merebak ke leher dan seluruh badanku. Sekali lagi, malu dan segan menguasai diriku. Aku ingin menjawab soalan Pakcik Jaris itu tapi mulutku seolah-olah terkunci. Lidahku terkelu. Tekakku kering. Aku cepat-cepat menghirup sedikit teh panas untuk melembapkan tekakku.
“Takpa… Pakcik tahu yang Adawiyah ni mesti malu-malu kan?” kata Pakcik Jaris lagi.
“Erm…” Itu sahaja yang mampu aku ucapkan ketika itu. Mataku hanya tertumpu kepada cawan yang berisi teh panas yang sedang aku pegang. “Hmm… Adawiyah akan bertaaruf dengan - dengan…” Aku tidak tahu bagaimana mengakhiri ayatku itu lalu aku membiarkan ayatku itu tergantung begitu sahaja.
Kerana malu dan segan, aku hanya menurunkan pandanganku ke lantai.
“Assalamu’alaikum warahmatullah,” sebuah suara garau yang asing memberikan salam.
Kami semua menjawab salam lelaki tersebut. Aku mengangkat pandanganku dan mataku terpana seketika. Aku melihatnya dan dia melihatku. Dia terus menjatuhkan pandangannya. Namun aku terus memandang wajahnya. Adakah ini betul? Tak sangka… Aku betul-betul tak sangka…
“Assalamu’alaikum Adawiyah,” kata lelaki itu dengan suara yang lembut. Hati aku berdebar-debar mendengar suaranya walaupun pernah mendengar suaranya suatu ketika dahulu. Lelaki itu lalu mengambil tempat duduk di sebelah Pakcik Jaris dan Makcik Rumaisa.
“Wa’alaikumussalam warahmatullah…” Aku menjawab salamnya tetapi tidak menyebut nama kerana malu.
“Nama saya Muhammad Muhaimin,” dia memperkenalkan dirinya walaupun diri ini sudah mengenali dirinya. “Awak masih ingat saya?”
Masakan aku tidak mengingatinya. Kami berdua berkenalan di laman maya dan kebetulan juga kami berdua ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM). Namun kami berdua menuntut di universiti yang berlainan. Dia mengambil jurusan Pendidikan Multimedia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) manakala aku pula mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC).
Aku tidak tahu dari mana Muhammad Muhaimin mendapat ID Yahoo Messenger (YM) aku tapi kalau kami berdua online pada masa yang sama, dia akan memberikan salam dan berbincang mengenai KLKM dan Islam. Dia amat gemar berbincang mengenai Islam dan ilmu agamanya memang banyak kalau nak dibandingkan dengan aku yang jahil ini. Kerap kali aku terasa malu dengannya apabila berbincang mengenai Islam dengannya. Dia mempunyai banyak pengalaman dan ilmu untuk dikongsi dengan aku namun aku tidak mempunyai apa-apa untuk bertukar pendapat dan ilmu dengannya.
Aku juga pernah berjumpa dengannya sewaktu beberapa Kem Ekspedisi Kelanasiswa. Kebetulan pula tapak kem KLKM UPSI pula sebelah KLKM KLIUC setiap kali ada Kem Ekspedisi Kelanasiswa. Walaupun aku selalu ternampaknya sewaktu kem tetapi aku tidak pernah menegur dia dan dia pun tak pernah menegur aku. Hanya sekali ada seorang kawan perempuan memperkenalkan kami berdua namun aku cuma mengangguk dan kemudian terus meminta diri.
Walaupun Muhammad Muhaimin aktif dalam KLKM berbanding aku, dia masih tidak melupakan tanggungjawabnya kepada Allah. Setiap kali ada peluang, dia akan menyertai program-program dakwah, majlis-majlis ilmu dan macam-macam lagi. Dia turut menyebarkan dakwah bersama-sama kawan-kawannya di universiti dan di luar universiti. Malah, dia juga cemerlang dalam pelajarannya meskipun aktif dalam bidang KLKM dan dakwah. Namun, dia merupakan seorang yang sangat rendah diri. Keikhlasannya dan penghayatan agamanya benar-benar membuatku mengaguminya namun tidak pernah pula terlintas di fikiranku untuk mencintainya mahupun memilikinya. Hatinya milik Allah!
Setiap kali mengingatinya, aku hanya mampu membaca Al-Quran, beristighfar, berzikir dan berselawat untuk membersihkan hatiku ini. Menjumpai seorang pemuda sepertinya memang membuatku tercabar untuk menandinginya kerana ilmu agamaku dan pelajaranku tidaklah seberapa kalau nak dibandingkan dengannya. Aku juga selalu memperbaharui niatku kerana aku tersedar bahawa setiap perbuatanku adalah untuk mencari keredhaan Allah dan bukan untuk menandingi Muhammad Muhaimin. Astaghfirullah hal’azim…
Namun, setelah masing-masing mula bekerja, dia dan aku sudah tidak lagi bersua di laman maya dan kesibukan aku di pejabat tidak memberikanku peluang untuk mengingatinya langsung. Hampir-hampir sahaja aku melupakan kewujudan seorang insan yang bernama Muhammad Muhaimin namun di sini pula dia berada di hadapanku dengan sebuah harapan untuk memiliki hatiku.
“Erm… Adawiyah, awak masih ingat saya?” Muhammad Muhaimin bertanya sekali lagi lantas mematikan lamunanku.
Lidahku masih terkelu. Aku hanya mampu menganggukkan kepalaku yang tiba-tiba terasa berat.
“Adawiyah janganlah terkejut. Saya dah lama menyimpan hasrat terhadap awak cuma saya tak bersedia dulu. Alhamdulillah saya kini dah bekerja dan gaji saya pun okey. InsyaAllah saya mampu menikahi awak cuma nak tak nak Adawiyah saja untuk menerima lamaran saya ni,” kata Muhammad Muhaimin.
Aku menundukkan kepalaku. Malu. Segan.
“Saya tahu banyak juga orang yang telah melamar Adawiyah. Banyak kali saya takut saya akan terlepas Adawiyah tapi daripada bercinta sebelum berkahwin, saya lebih rela menyerahkan soal jodoh kepada Allah kerana saya percaya Allah akan menolong sesiapa yang bersabar dan bermujahadah melawan nafsunya. Lagipun, Allah telah menjanjikan bahawa lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik dan sebaliknya,” terang Muhammad Muhaimin lagi.
“Siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan awak?” Akhirnya aku menemui suaraku. “Saya tidak sehebat awak dan saya khuatir kalau saya tak dapat memikul tanggungjawab dan amanah ni sebagai seorang isteri.”
“Saya ni seorang yang lemah ya Adawiyah. Namun, bukankah tugas seorang suami itu membimbing dan memimpin isterinya? Kita semua mempunyai kelemahan diri tapi bukankah sepasang suami isteri itu akan sama-sama memperbaiki diri mereka dan menutup kelemahan masing-masing untuk menjadi lebih baik demi mencari keredhaan Allah?” Muhammad Muhaimin berhujah.
Aku terdiam. Kata-katanya betul. Ya Allah, sekiranya dia adalah baik untukku, agamaku, duniaku dan akhiratku, tambahkanlah keyakinanku terhadapnya supaya aku dapat membuat keputusan yang betul dalam mencari keredhaanMu.
Ummi meletakkan tangannya di atas bahuku seolah-olah ingin memberikanku semangat lalu berkata kepadaku, “Adawiyah, bukalah niqab Adawiyah tu. Bakal suami Adawiyah mempunyai hak untuk melihat wajah Adawiyah.”
Biasanya bila aku makan di tempat umum, aku akan menarik niqabku ke bawah untuk memudahkanku makan dan minum. Tidak pernah pula aku risau kalau ada seseorang akan melihat wajahku kerana aku sedang sibuk makan dan orang lain juga sibuk makan. Tapi pada hari ini, aku akan mempertontonkan wajahku kepada bakal suamiku. Dia akan meneliti wajahku dari dahiku ke daguku. Patutkah aku senyum apabila membuka niqabku? Ekspresi muka apakah yang patut aku buat untuk bakal suamiku ini?
Aku membaca basmalah dalam hati lantas menarik niqabku ke bawah. Aku malu untuk memberikan senyuman jadi aku hanya membuat muka yang manis untuk bakal suamiku. Pandangan mataku menemui pandangan matanya. Aku melihat ekspresi mukanya yang kelihatan terpegun.
“Subhanallah…” Aku terdengar suara Muhammad Muhaimin bertasbih. Sedang dia meneliti wajahku, aku turut meneliti wajahnya. Kulitnya sawo matang dan wajahnya bersih seperti kedua-dua mak ayahnya. Keningnya tebal dan matanya cantik. Sekali pandang, mukanya ada juga iras-iras orang Arab. Namun harus juga aku akui bahawa wajahnya terutama mata dan bentuk mukanya iras-iras dengan wajahku.
Muhammad Muhaimin menurunkan pandangannya setelah melihat mukaku. Aku menarik niqabku untuk menutup mukaku. Sesi taaruf diteruskan diikuti dengan makan dan minum. Setelah itu, Ummi dan Abi membawaku pulang ke rumah. Kata Muhammad Muhaimin sekeluarga, mereka tidak memaksaku dalam pilihanku dan memberikanku kebebasan untuk memberikan jawapanku pada bila-bila masa sahaja.
Seperti biasa, aku bangun malam untuk melakukan solat tahajjud. Cuma kali ini, aku turut melakukan solat istikharah. Aku tidak mendapat apa-apa mimpi mahupun petunjuk. Aku tekun melakukan solat istikharah selama beberapa hari setelah solat tahajjud dan dhuha. Aku berserah dan bertawakkal kepadaNya. Keyakinanku semakin bertambah hari demi hari dan untuk tiga malam berturut-turut, aku bermimpi yang baik-baik mengenai Muhammad Muhaimin. Ini menambahkan lagi keyakinanku untuk menerima lamarannya.
Aku akhirnya menerima lamaran Muhammad Muhaimin setelah hampir sebulan berlalu dan kami terus bertunang selepas itu. Selepas sebulan bertunang, kedua-dua pihak keluarga kami bersetuju untuk menikahkan kami berdua. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar pada hari pernikahan kami. Kehadiran kawan-kawan dan kerabat keluarga masing-masing telah meriahkan lagi hari pernikahan Muhammad Muhaimin dan saya.
* * * * * * *
Kami berdua duduk di hujung katil kami. Kami masing-masing malu. Kemudian aku mengambil keputusan untuk bersuara, “Abang, sebenarnya sayang sudah menyimpan perasaan kat seseorang…”
Suamiku melihat wajahku dengan tenang. Namun kedua-dua kening matanya terangkat sedikit. “Siapakah orang itu ya sayang? Bertuahnya orang itu kerana berjaya mencuri hati sayang…”
“Abanglah orangnya.”
Muhammad Muhaimin yang kini bergelar suamiku melihat wajahku dengan penuh kasih sayang. Dia meletakkan kedua-dua tapak tangannya di atas pipiku lalu mencium dahiku. Aku berasa sangat disayangi dan dicintai. Cinta kami ini adalah kerana Allah dan bukan nafsu berahi semata-mata. Semoga cinta kami akan menambahkan lagi cinta kami terhadap Allah demi meraih keredhaanNya.
* * * * * * *
Piak.
Aduh, sakitnya terjatuh dari katil. Aku terbangun sambil mengurut-urut pinggulku. Suamiku tidak ada di katil. Di manakah dia? Adakah…? Tapi ini tidak mungkin! Kami baru sahaja menikah semalam!
Eh… Aku tersedar sesuatu. Katilku turut tidak sama seperti semalam. Ya Allah, aku bermimpi rupanya. Astaghfirullah hal’azim… Rupa-rupanya aku terlupa mengambil wudhu sebelum tidur. Tapi siapakah Muhammad Muhaimin? Aku tidak mempunyai kenalan yang mempunyai nama tersebut. Bermacam-macam helah rupanya syaitan ada untuk mengacau orang sewaktu tidur untuk membuatkan seseorang mengharapkan kepada sesuatu yang tidak ada.
Astaghfirullah hal’azim… Ya Allah, Kau lindungilah aku daripada gangguan syaitan, iblis dan jin.
Amiin.







dah sampai seru tu….
habis laaa…
kalau adah terima…
ramai laa laki2 luar sana yang frust menonggeng..
hahaa…
semoga segalanya berjalan baik dan dipermudahkan Nya…
kalau bukan cerita betul pun, nak ucap tahniah gak kat adah..semoga ia cepat2 jadi kenyataan..leh makan nasi minyak sementara puteri kat shah alam..haha
Saje je tulis cerpen ni sebab dah bosan sangat tadi. Tak sangka ramai yang ingat ni citer betul. Huhuhu~
teruskan menulis..
following u my dear
Ila pun tak suka user anonymous. Kempen Anti-Anonymous Sedunia! Haha. Tu kes malas nak log in la tu, dah tu tak tau nak bagitau nama plak. Nak kena lempang betul.
Semoga cepat-cepat kawin la Adah oi..
Nanti kenduri buat nasi minyak, jangan letak jagung dalam nasi minyak tu, Ila tak suka, lepas tu, suruh catering buat masak merah ayam, hui sedap, sekali dengan masak daging Palembang, & desert aiskrim coklat dengan wafer. Eh jangan lupa sayur kangkung goreng belacan, favourite Ila tu.
Huahahaha.
mejar nie, takut terkeliru lagi..
mahu jadi apa pun kamu nnti..
pilihlah jalan Allah dengan hati yg bebas..
syeikhuna Tuan Guru penah berkata, kita makan,minum dan tidur semuanya kerana Allah,
menulis pun biar kerana Allah..
jaga diri jaga iman..
Assalamaualaikum
-mr. anonymous-
Please don’t exaggerate my words. I said that in ‘kidding mode’.
If I do hurt you, I’m sorry. I meant no offence when I said that.
Ingatkan betul. Huhuhuhu.
tengok tajuk macam betoi2….
tengok cerita, macam xbetoi…
ahakss…
permulaan yang baik…
tapi permulaan cerita nih seakan-akan sama dengan satu cerita yang oden pernah baca dulu…
well…good job…
gambate!!