Mencari Ayat-ayat al-Qur’an oleh Ikhwan Ng

Masa baru memeluk Islam, saya gemar beli buku dari kedai buku Islamik. Buku tebal sampai ratusan muka surat, macam2 tajuk buku ada.. Tapi apa yang menarik perhatian saya hanyalah beberapa patah ayat al-Qur’an dan terjemahan yang terselit dalam buku.

Kadang-kala tak baca sangat isi kandungannya pun, dengan merenung ayat-ayat al-Qur’an hati turut berasa tenang. Sampai setiap kali dapat gaji bulanan saja pasti beli buku baru untuk mencari beberapa patah ayat al-Qur’an yang lain.

Lama-kelamaan baru saya faham sebenarnya al-Qur’an ada juga terjemahannya bagi pembaca yang kurang fasih bahasa Arab. Bila hati tidak tenang, saya buka dan baca al-Qur’an terjemahan terbitan Al-Hidayah, sambil baca dan cuba memahami isi kandungannya daripada huraian notakaki.

Maka adalah tidak menghairankan apabila kita membaca kisah warga negara barat menemui hidayah hanya kerana membaca nas-nas dalam al-Qur’an. Hati mereka tersentuh dengan mesej Tauhid yang begitu kukuh dan indah, sehingga mereka berasa teringin kembali kepada agama fitrah.

Di Malaysia pula ramai yang menghalang Non Muslim daripada membaca al-Qur’an terjemahan, dilarang menyebut nas-nas Quran sekalipun.

Siapakah kita untuk menghalang hambanya daripada mencari-cari jawapan dalam al-Qur’an? Sekiranya nabi-nabi pun merata tempat menyahut semua orang sekeliling untuk kembali kepada Pencipta.. Membaca nas-nas Kitab yang datang daripada Ilahi dan bukannya digantung sebagai “azimat”, “pelaris duniawi”.. Sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w. menjadi utusan terakhir dan agama Islam dilengkapkan sebagai agama yang sempurna untuk seluruh umat akhir zaman.

Siapa pula kita nak menghalang nas-nas al-Qur’an daripada dibaca dan disebut oleh Non Muslim sekiranya untuk tujuan penghayatan dan pemahaman yang ikhlas. Saya ingin bertanya..

Ikhwan Ng berniaga menjual Daging Ayam Salai Halal di bawah jenama diri beliau sendiri. Jika berminat sila hubungi Ikhwan Ng melalui akaun Facebooknya: https://www.facebook.com/ikhwanng

About Author

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com