‘Disko Dakwah’ Neelofa dengan Acara Pelancaran Tudung di Kelab Malam Zouk!

Begitu lah kalutnya ‘artis’ Akhir Zaman ini dengan mencampuradukkan yang hak dan halal dengan melancarkan produk hijab keluaran syarikatnya di lokasi maksiat yang terkenal di kotaraya Kuala Lumpur ini.

Hajjah Noor Neelofa seorang pelakon dan usahawan dari Kelantan memilih Zouk, sebuah kelab malam yang paling terkemuka untuk melancarkan fesyen tudung terbaru nya disana.

Hajjah Neelofa di Kelab Malam Zouk, KL .

Siap bersorak sorai dan menari gelek gelek secara seksi dan gaya orang ‘clubbing’! Hancur jadi nya imej seorang hijabista bila di perlakukan begitu di kelab malam, tempat orang2 pergi untuk mabuk mabuk dan berpesta pora!

Begini lah keadaan selalunya di Zouk, Kelab Malam berdekatan Bulatan Kampong Pandan, Kuala Lumpur. Tempat yang di pilih Hajjah Neelofa untuk lancar produk tudungnya!

Dan ini adalah rakaman pelancaran BeLofabyNH pada malam 26hb. Februari 2018 tersebut:

Ya, pihak Neelofa sudah menyiarkan permohan maaf hanya selepas tercetusnya kontroversi hebat di media sosial dan selepas Mufti Kerajaan Negeri Selangor menulis sepucuk surat terbuka menegur dan menasihatinya.

Namun bak kata pepatah Inggeris ‘The damage has been done!’

Dengar lah semula lagu popular yang menyindir golongan ‘Minah2 Tudung’ yang menyebabkan ramai orang geram dengan kebengongan mereka:

Dan ini pula adalah rakaman video asal dari You Tube yang di muatnaik pada 21hb Jun, 2006:

Memang kena pada ‘Minah2 Tudung’ yang jahil tentang adab dan tatacara membawa diri di khalayak ramai. Semoga mereka sedar dan insaf.

Comments

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.