Nasihat Shaikh Ibn al-Uthaimin Untuk Pemuda/Pemudi Dakwah

Thursday, April 16, 2015

Assalamualaikum.

Sekadar berkongsi, ringkasan ‘study’ saya untuk subjek Dakwah and Du’at (DDH 101) di Islamic Online University.

Subjek ini saya ambil sem ini. Silibusnya menggunakan buku Al-Sohwah Al-Islamiyyah (The Islamic Awakening) oleh Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin.

Beliau gariskan beberapa asas kepada semua orang yang nak buat kerja dakwah:

1- Mesti berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah

2- Mesti ada ilmu dan kefahaman.
Bukanlah bermaksud perlu faham secara detil. Tetapi, ringkasnya, kita kena faham apa yang kita sampaikan. Bukan semua benda yang kita tahu, kita kena dakwahkan.

Contoh, kita mungkin faham bid’ah tidak elok, jangan buat, tetapi nak ajak orang tinggalkan bid’ah, kita tak pandai nak sampaikan, atau bagi hujah. Maka, biarkan hal itu kepada yang mampu. Kefahaman kita pun sekadar cukup untuk kita praktis, tetapi tidak kuat untuk kita ajak orang. Sebaliknya fokuslah seruan kita kepada hal yang mudah kita sampaikan sebab kita faham, contoh: Ajak orang solat, tutup aurat etc.

Ilmu dan faham ini merangkumi:
– Ilmu dan faham tentang apa yang kita sampaikan.
– Ilmu dan faham tentang kepada siapa yang kita sampaikan mesej.

3- Hikmah
Hikmah ini melakukan sesuatu bersesuaian mengikut keadaan. Adakalanya keras, adakalanya lembut.

Shaikh Ibn al-Uthaimin bawa contoh kelembutan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam ketika tegur Arab Badwi yang kencing di masjid. Dalam kes lain, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tegas dan campak cincin seorang lelaki dan kaitkan ia dengan neraka.

4- Sabar.
Jangan gopoh gapah dan tahan ujian.

Walaupun dakwah kena hikmah, toleransi, Shaikh nasihatkan jika orang sekeliling kita lakukan maksiat, jangan duduk dalam majlis maksiat itu walau atas nama dakwah. Bila berlaku maksiat, tinggalkan mereka, dan pergi tempat lain. Bila mereka buat benda yang bukan maksiat, baru duduk bergaul dengan mereka.

Terbitan Ahli MBA : http://lobaitampin.blogspot.com/2015/04/nasihat-shaikh-ibn-al-uthaimin-untuk.html#more

Comments

Comments are closed.