BILA CIKGU CINA NI DIPANGGIL PENDATANG, PENCEROBOH by Aliya Yeoh

WEDNESDAY, MAY 14

BILA CIKGU CINA NI DIPANGGIL PENDATANG, PENCEROBOH

Alhamdulillah tahun ini merupakan tahun yang ke 21 saya bergelar “teacher” setelah tamat pengajian di mpsah pada tahun 1992. Ini juga bermakna saya telah 13 tahun berkhidmat mengajar anak-anak orang di sekolah rendah sebelum melanjut pelajaran ke universiti. 13 tahun bekerja sebagai cikgu cina nonmuslim.
Saya masih ingat lagi saat dan ketika saya menerima surat dari JPN Trengganu memberitahu nama sekolah pertama saya. Nun jauh di daerah hulu Trengganu. Tak pastilah siapa yang lebih risau – saya atau Mak- sebab kami tiada seorang pun saudara mara atau sahabat handai yang tinggal di sana. Mak cadangkan saya mohon pertukaran ke daerah Setiu yabg menurutnya ada lebih ramai orang Cina. Saya menolak sebab percaya pada prinsip ‘ke mana dihantar di situ lah yang terbaik untuk saya’ ( hahaha.. jiwa adventurous ). Setibanya di Kuala Berang, saya dapati ada sekumpulan guru bukan melayu nonmuslim seperti saya yang juga dihantar bertugas di daerah itu. Ada yang sudahpun berkeluarga dan telah bertahun-tahun verkhidmat di sekolah – sekolah luar bandar di sana.
Baru-baru ini syukur Allah ketemukan saya semula dengan beberapa bekas pelajar SKL, sekolah pertama saya itu dalam Facebook. Walaupun dah 20 tahun dan nama serta wajah saya pun dah berubah, mereka masih ingat pada teacher mereka. Syukur ada yang dah berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti.
Maka jangan marah jika saya nyatakan l tersinggungnya saya apabila ada pihak ngo islam yang menggelar semua cina sebagai pendatang dan penceroboh. Pada mulanya saya buat bodoh saja sebab dari pru yang lalu lagi, ngo itu saya anggap sebagai yang pro-melayu  tapi apabila ada pihak nonmuslim yang bertanya kepada saya, saya terpaksa selidik. Pergi kepda sumber asalnya iaitu website rasmi. Baca dan fikir. Baca lagi.
Hmmm.. kini ada seorang gadis pula yang mempertahankan ngo itu. Cina muslim. Saya senyum.  Muda lagi dan masih belajar. Yang hairan mengapa baru sekarang namanya disebut? Mengapa bila ramai pihak mempersoalkan kenyataan umum presiden ngo itu baru ditampilkan seorang amoi mualaf untuk mempertahankannya? Baca lagi. Macam kenyataan umum yang dibuat tempoh hari.. tak suka ikut usul yang dikemukakan mereka maka baliklah ke negara Cina. Huhuhu.. mudahnya cara penyelesaian.

Hello kawan! Saya dan keluarga nenek moyang saya telah lama menetap di negara ini. Bukan sedikit bakti yang dicurahkan demi negara yang telah menjadi tanah air dan tempat tinggal keturunan kami. Juga bakti kepada bangsa melayu. Siapakah kamu untuk suruh balik ke negara asal nenek moyang? Itu bukan negara saya; saya adalah warganegara Malaysia; saya ada hak yang sama seperti kamu.
Tolonglah saudara saudari. Usahlah gunakan ayat lapuk lagi basi itu dengan suruh siapa saja yang tak setuju dengan mereka untuk balik negara asal, kecuali kamu memang orang yang belum berfikiran matang. Ayat itu kamu bolehlah gunakan kepada PATI. Saya dan orang-orang lain ada kad pengenalan yang sah, ada hak mengundi dalam pru. Buang saja ayat ini daripada minda kamu. Tak payahlah ajarkan kepada pengikut kamu.
Saya bukan orang yang suka menyentuh isu perkauman. Saya juga bukan penyokong atau ahli mana-mana parti politik.
Cuma sebagai rakyat negara ini, saya juga ada hak untuk bersuara menyatakan rasa tidak puas hati saya terhadap label ‘pendatang penceroboh’yang diberi oleh sebuah ngo yang kononnya memperjuangkan Islam. Hanya sebab saya berkulit cerah, bermata sepet, berbahasa cina, dan berbangsa cina maka saya turut disarankan agar balik ke negara cina jika tidak setuju dengan agenda mereka? Oh, atau mungkin sebab saya dah berbintikan Abdullah maka saya dikecualikan daripada kategori pendatang penceroboh?
Mungkin ada yang nanti akan tegur bahawa sebagai seorang cina muslim, saya sepatutnya menyokong ngo ini. Minta maaf ya, saya takkan sokong mana-mana ngo yang lebih mengutamakan agenda bangsa tertentu berbanding agama Islam sehingga merendah-rendahkan bangsa lain. Cara itu bukan ajaran Islam, bukan ajaran Rasulullah saw.
Islam tidak pernah menyuruh umatnya agar memperjuangkan sesuatu bangsa. Mengamalkan diskriminasi. Tidak pernah menyuruh mualaf agar mengkritik bangsanya sendiri setelah memeluk Islam. Tidak pernah ajar agar menyinggung perasaan pihak lain secara umum dengan gelaran yang menghina sedangkan ada cara lain yang lebih afdhal. Jadi saya hairan, bagaimanakah seorang pemimpin ngo islam boleh bebas melabel bangsa lain sesuka hatinya dalam sebuah negara majmuk pelbagai bangsa dan agama? Hanya sebab marah?

Tak perlu pergi jauh.
Pergi saja ke sekolah anak anda.
Mahukah semua guru yang telah dilabel pendatang penceroboh ini berhenti mengajar anak-anak anda? Guru yang bukan berstatus bumiputera,  termasuk saya?
Berapakah guru bukan bumiputera dilabel pendatang penceroboh yang telah membantu anda belajar ABC, 123, fizik, kimia, english dan sebagainya sehingga anda mampu dan boleh membaca tulisan saya ini? Ya, mungkin ada antara mereka yang belum faham apa itu sebenarnya hudud, mungkin mereka terpengaruh dengan pihak tertentu yang menentang. Tapi semua masalah itu tidak memberi sesiapapun sebarang hak untuk melabel sesiapa warganegara ini sebagai kaum pendatang dan penceroboh. Jika kamu berilmu dan berani, pergilah berdakwah kepada mereka yang belum faham. Turun padang, temui dan bersemuka dengan penganut agama lain untuk fahamkan mereka, seperti yang dibuat oleh ngo islam lain. Itu baru ajaran Islam. Mungkin setelah beberapa kali melakukan dakwah interaktif ini, kamu akan berfikir panjang sebelum cepat melabel bangsa lain dengan gelaran hina.

Saya belum lagi suruh pergi ke hospital dan klinik kerajaan. Jika hentikan kerja semua doktor dan jururawat yang bukan bumiputera, ok tak? Yalah, mungkin ramai mereka yang belum faham apa itu hudud.. ikut cakap ngo itu, kenalah balik negara asal nenek moyang, kan.
Kini faham maksud saya, mengapa tak patut label orang secara hina?

Esok masih ada.
Esok saya yang juga dilabel kaum pendatang dan penceroboh ini akan terus bekerja menabur bakti mendidik anak malaysia tanpa mengira bangsa, agama atau keturunan mereka.
Selamat Hari Guru kepada semua rakyat Malaysia.

8 comments:

  1. Asalamu alaikum,

    Wise Words

    Take Care

    Reply

  2. Iremi nieces .. Waalaikumussalam. Thanks.
    Irfa.. welcome here

    Reply

  3. nak kate cina pendatang, i rase i lg pendtg, sebab moyang i mmg asal indonesia. so ya, mereka xde modal nk dpt publisiti kot..btw, i’m ur silent reader. enjoy reading all your post, may Allah bless you 🙂

    Reply

  4. mereka tidak menganggap bumi ini dan alam semesta semuanya milik tuhan …jadi assabiyyah …mudah2an kita dilindungi dari berbuat perkara2 sebegini …lindungi kami ya Allah dari berbuat zalim

    Reply

  5. I do not think you should, from time to time, reflect and write on the race/religious issue. It causes bitterness in yourself. I sometimes asked my pupils if they realise that the Yunan people in Terengganu belong to Islamic race log before Malays existed. Chinese have better ethics than Malays and they are better Muslim than Malaya. I have posted about my very dear Yunan friends at my secondary Arabic school. One of them passed away after years of serving as a Imam in Sydney mosque.

    I did not realise you were in K Berang. Who brought the Batu Bersurat to Terengganu? Malays were scared of going tto China because of ‘babi’. Yet our wise prophet encourage travelling all the way to China more than 1000 years ago to learn from that race. Was Tanah Melayu ever mentioned? I sigh when I think of my people, my Malay children. I ask them if they will never learrn to be like Chinese children.

    Let us be proud of being what we are, Aliya.

    Reply

  6. cikgu, ada orang yang bercakap atau menulis tidak menggunakan akal fikiran yang waras. pakai cakap saja apa yang mereka rasa. bagi saya apa bangsa sekali pun yang penting menghormati orang lain yang lebih penting. kadang2 lagaknya cukup alim tapi bahasanya terhadap orang lain, hampeh..

    Reply.

CIKGU NUR ALIYA YEOH blogs at http://pukullima.blogspot.com/2014/05/bila-cikgu-vina-ni-dipanggil-pendatang.html

Comments

Comments are closed.