‘Yes indeed, non-Muslims are welcome in mosques’

SEPTEMBER 1, 2010

by Azril Mohd Amin
http://www.malaysiakini.com/news/141610

COMMENT In a suburb of Sydney, Australia, a small yet quite beautiful Turkish-style mosque has been built, following the model of the Sulaimaniye in Istanbul, that is, with library, school rooms, public clinic, canteen, social hall, and so on. There is a big banner in front of the mosque, “Open to All! Please Visit”.

We need to be vigilant and maximise our outreach. Therefore, when a Chinese non-Muslim addressed Muslims in their mosque in Serdang, she should not have been invited cordially in without giving her a list of rules and dress regulations and other aspects of the etiquette as the basic minimum.

Her hair was exposed, while her legs and arms were covered. She should have been advised to dress modestly, which is the basic requirement for entering a mosque or any other place of worship for that matter.

And under no circumstances should she or any other non-Muslim visitor be attacked for having broken this or that Muslim rule or regulation.

As an example, let us recall an incident from the lifetime of the Prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him) when a Bedouin man urinated in the mosque. When other Muslims saw this, they became very angry and wanted to rebuke him harshly. The Prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him) on the other hand, stopped them and told the man gently what he was doing was incorrect.

That story is a classic exemplar of the contrast between the attitude of some well-intentioned Muslims who want to correct the wrong immediately and by any means and the approach of the Prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him) of kindness, gentleness, persuasion and wisdom.

Curiosity about what goes on in mosques

We will have more and more inquiries and visits from the non-Muslims as they feel curiosity about what goes on inside our gem-like houses of worship. Are our visitors’ facilities at Masjid Negara or Masjid Shah Alam really adequate and sensitive to the importance of the visitors, including non-Muslims’ first exposure to Muslims praying and resting inside their mosques?

Our visitors will make mistakes of etiquette, even Muslims make such mistakes. We cannot teach them all those details the first time they visit, or we will lose any further contact. Even one divorce we know of took place because the convert wife could not stand all the “rules and regulations” imposed upon her by her new Muslim husband. Many of us have indeed lost patience and wisdom in dealing with situations such as this.

A friendly American entered an Arab-built mosque in Phoenix, Arizona, inquiring how one might become Muslim. The Arab brothers in that place told him the first thing he had to do was close his interest-bearing bank accounts and give up his credit cards. He politely turned around and went out, lost to Islam forever. This is the importance of guest relations in our mosques, about which very little has been systematised or implemented.

Of course there is nothing wrong in listening to the ideas of non-Muslim political leaders! Of course we must make them feel warmly accepted when visiting us and telling us where they stand, no matter whom they are. So why have some of us taken such a paranoid reaction to the event in the Serdang mosque? How even do ignorant politicians without a proper understanding of Islam manage to be offended by this event?

Opening up to the rest of the world

Allah help us if we cannot open up to the rest of the world in a caring and warm-hearted manner. The producers of the TV programme Jejak Rasul recently made a three-part series attempting to open up to the Jews of Israel in this manner, and the results were astonishing. As a matter of fact, Jews are NOT Zionists, and it is the Zionists who have imposed security barriers around Al Aqsa Mosque and obstructed our right to worship there in so many ways.

The Jews interviewed and filmed in this series were reluctant to receive the Malay crew, yet finally did and the atmosphere was of total mutual respect. All Muslims should view this unprecedented series, and our compliments to the Jejak Rasul crew who conceived of this project.

We are commanded in the Al Qur’an to “make common cause” with the People of the Book, i.e., Jews and Christians. There is no ambiguity about this, as long as those non-Muslims do not engage in nefarious schemes with each other against us, as do some Christians with the Zionists in Israel. With them, we are ordered in the Al Qur’an not to associate.

The world awaits for the Islamic community to continue to showcase its real contribution to human civilisation so far, its real contribution to the formation of western society, and as the only ideology remaining to check the atheism of the communists or the capital gluttony of so many in the world trade community, otherwise known as human greed.

Non-Muslims being among the visitors to our mosques may be only one small step, yet also may be seen as one great leap for humankind.

AZRIL MOHD AMIN, a lawyer by profession, is the chairman of Islamic Outreach ABIM, which has a successful “Guided Tour of the Mosque” programme currently running at several mosques throughout Malaysia.

http://azrilmohdamin.com/2010/09/01/yes-indeed-non-muslims-are-welcome-in-mosques-3/#more-1205

Bila bukan Islam dipuji, sesama Muslim dicaci! dari Amri El Wahab

http://hembusan-amal.blogspot.com/2010/09/bila-bukan-islam-dipuji-sesama-muslim.html

KHAMIS, SEPTEMBER 02, 2010

Kita tidak nafikan bahawa ilmuwan Islam berselisih pandangan tentang hukum bukan Muslim masuk ke masjid. Ada yang membenarkan secara mutlak. Ada juga yang melarangnya secara mutlak. Begitu juga ada ulama yang membezakan antara masjid di tanah haram dengan tanah halal.

Jika masyarakat kita selesa dengan mazhab al-Syafi’e, saya bawakan di sini kenyataan seorang pendokong mazhab ini iaitu Al-Imam al-Nawawi di mana beliau menyatakan bahawa mazhab al-Syafie mengharuskan bagi bukan Islam masuk ke semua masjid kecuali di masjid al-Haram dan sekitarnya (yakni di tanah haram Mekah).

Bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke tanah haram Mekah, ada pun selain dari Mekah diperbolehkan dengan syarat mendapat keizinan dari umat Islam.

Kata al-Imam al-Nawawi lagi: “Dan sekiranya bukan Islam itu dalam keadaan berhadas besar, bolehkah dia berdiam di dalam masjid? Ada dua pandangan, dan yang paling shahih adalah dibenarkan.” (lihat Majmu’ Syarh al-Muhazdzab, karya al-Imam al-Nawawi 19/437).

Adapun firman Allah, maksudnya: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang musyrik itu adalah najis, maka mereka tidak dibenarkn mendekati masjid al-Haram selepas tahun ini”. (surah al-Taubah, 9:27),

Bukan bererti zahir najis tubuh mereka, sebaliknya larangan memasuki masjid al-Haram kerana perbuatan mereka yang suka mempraktikkan adat-adat Arab jahiliyyah seperti bertawaf dalam keadaan telanjang. Bahkan larangan ini khusus untuk masjid al-Haram dan tanah haram Mekah secara umumnya.

Perlu diingatkan para ulama telah bersepakat; bukan Islam dibenarkan untuk masuk ke masjid kerana keperluan seperti inginkan bantuan atau mendengar dakwah Islam. Dan hal ini perlu. mendapat keizinan daripada pemerintah Islam.

Al-Syeikh Soleh al-Munajjid yang merupakan ulama terkenal di Saudi Arabia merangkap penyelia bagi laman web soal jawab Islam terkenal, iaitu www.islamqa.com, menyatakan: “Ada pun masuknya bukan Islam untuk sekadar lawatan melihat masjid dan bersama-sama dengan mereka para wanita yang tidak menutup aurat, membawa kamera, serta masuknya mereka ke masjid tanpa penghormatan, maka hal ini merupakan perkara mungkar lagi tercela. Tidak boleh membenarkan mereka masuk.” (no. fatwa: 9444).

Saya katakan, sedangkan Nabi pernah menghalau seorang wanita yang bersuami kerana memakai wangian ketika datang ke masjid. Bahkan Nabi menyuruh wanita tersebut pulang dan mencuci wangian itu (riwayat Ibnu Khuzaimah).

Jelas, larangan Nabi SAW kerana dibimbangi wangian tersebut mengganggu penumpuan jemaah masjid, apatah lagi memasuki masjid dalam keadaan yang tidak menutup aurat. Sewajarnya kita memberi penghormatan kepada masyarakat tempatan yang agak sensitif dengan isu seperti ini. Setiap adat yang tidak bercanggah dengan syariat, perlu dihormati.

Kaedah fiqh jelas menyatakan bahawa “al- ‘aadah muhakkamah’ iaitu adat yang tidak menyanggahi hukum syarak harus dipraktikkan. Dan perkara ini perlu dirujuk kepada pemerintah Muslim.

Memang Nabi SAW pernah membenarkan deligasi dari kabilah Thaqif masuk ke masjid sedangkan mereka itu bukan Islam (riwayat al-Thobrani). Begitu juga Tsumamah bin Utsal yang masuk ke masjid sebelum memeluk Islam (riwayat al-Bukhari).

Bahkan masjid di zaman Nabi SAW dibuka untuk semua manusia agar dakwah Islam dikenali dan diterima. Deligasi atau individu bukan Islam diberi peluang untuk memasuki masjid agar dapat melihat akhlak dan kebaikan Islam seterusnya membuatkan mereka tertarik untuk menerima dakwah Islam.

Tetapi apa yang berlaku hari ini amat berbeza, bukan Islam yang jelas menentang secara terang hukum Allah bahkan secara dasarnya parti mereka tidak akan menerima ‘gelaran’ negara Islam dan undang-undang Islam di Malaysia, diberi peluang untuk berucap di dalam ruangan solat dan mendapat layanan mesra daripada umat Islam.

Sedangkan apabila orang Islam yang berlainan parti ingin memberi sumbangan dan bantuan, masing-masing menolak kerana takut parti yang bertentangan dapat meraih populariti. Subhanallaah. Inikah sikap Muslim dengan saudaranya sendiri?.

Majlis Fatwa Ulama Arab Saudi yang diketuai oleh al-Syeikh Abdurrazzaaq ‘Afifi (pada ketika itu) telah mengeluarkan fatwa tentang hal ini: “Pihak ahli majlis fatwa telah bersepakat bahawa melibatkan bukan Islam dalam pembinaan atau pengimarahan masjid di samping wujudnya Muslim yang mampu untuk membantu, adalah dilarang sama sekali.” (lihat Keputusan Fatwa no: 28, tarikh, 21 Syawal 1400H)

Dua perkara yang perlu ditekankan di sini adalah; pertama bagi pihak yang meminta bantuan, mereka perlu lebih berhati-hati agar tidak melanggar dasar-dasar dan prinsip-prinsip Islam. Kedua, bagi Muslim yang berkemampuan, janganlah terlalu memilih untuk membantu. Difokus kepada partinya, diabaikan lawannya. Begitu juga sikap ingin glamour dan popular perlu dihapuskan daripada jiwa kita.

Islam tidak melarang kita menyiarkan kebaikan yang dilakukan sekiranya berniat agar dicontohi orang ramai. Tetapi jika niat kita untuk meraih undi dan populariti, maka hukumnya haram. Bagaimanapun, urusan niat adalah milik Allah. Usah sesiapa cuba mengambil alih tugasan Allah. Cuba bayangkan jika suasana bersedekah ini dipraktikkan oleh umat Islam, nescaya kita mampu mencipta perpaduan yang kukuh lagi utuh. Lihatlah, jika kita mengabaikan umat Islam, bukan Islam dipuji manakala Muslim dicaci.

Saya tidak nafikan bahawa umat Islam wajib melindungi hak-hak bukan Islam di negara ini kerana mereka adalah ahlul dzimmah (yang dilindungi kerana perjanjian).

Jika dulu, bukan Islam masuk ke masjid untuk didakwah, tapi hari ini mereka masuk ke masjid memberi nasihat dan tazkirah. Dua suasana dan pendekatan yang berbeza. Maka sudah tentu hukumnya tidak sama.

Wallaahua’alam.

FATHUL BARI MAT JAHYA

Penasihat Agama Institut Jantung Negara

Berkat Rezeki Kerana Sedekah oleh Adi a.k.a Amirez

berkatsedekah Berkat Rezeki Kerana Sedekah

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun mempunyai banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub A.S. ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?” Nabi Ayub mejawab “Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu”. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Kita selalu mendengar perkataan berkat, tapi bagaimanakah cara untuk mendapatkan keberkatan yang sebenarnya daripada Allah? Berikut adalah 11 cara untuk mendapatkan keberkatan:

  1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
  2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
  3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
  4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
  5. Bersedekah kepada anak yatim atau miskin kalau boleh setiap hari. Carilah anak-anak yatim untuk diberikan. Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
  6. Ikhlaskan pemberian atau sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
  7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia – tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
  8. Konsep sedekah: berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92.
  9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat (Dunia untuk akhirat – bukan dunia untuk dunia).
  10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para Nabi dan Rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.
  11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru “Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah”. Yang satu lagi menyeru “Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)”.

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, Nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyAllah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta – belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

http://blog.amirez.com/berkat-rezeki-kerana-sedekah/#more-917