Diskusi Isu Kalimah bersama Politikus oleh Akhie Naim

Pemerhatian: Diskusi Isu Kalimah Allah Bersama Politikus

Malam semalam (18 Januari 2010), saya berkesempatan menghadiri satu sesi perbincangan tertutup berkenaan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di kediaman Ketua Umum PKR. (Berita di sini) Turut hadir pada malam itu adalah para pemimpin PKR dan PAS. Perbincangan yang berlanjutan hampir tiga jam itu berjalan dengan agak baik, tetapi saya dan rakan-rakan agak kecewa dengan banyak hal, terutamanya yang berkaitan dengan ‘mentaliti’ dan ‘sikap’ orang-orang politik. Saya rumuskan perbincangan yang berlangsung pada malam tersebut dalam beberapa perkara penting yang saya senaraikan di bawah;

1)
Hujah-hujah yang bersifat ilmiah dan intelektual, khususnya yang melihat daripada aspek teologi, falsafah bahasa, serta latar sosio-budaya, ternyata sukar diterima oleh ahli perbincangan pada malam itu yang rata-ratanya sudah membuat keputusan masing-masing. Sikap yang ditunjukkan oleh beberapa pemimpin politik yang memperlekeh pandangan intelektual, menolak pandangan dari sudut falsafah bahasa dan mengenepikannya mentah-mentah ternyata mengecewakan. Malah, lebih mengecewakan kerana majoriti pandangan yang dikemukakan oleh orang-orang parti politik yang terlibat pada malam itu lebih bersifat ‘pandangan’ dan ‘pendapat’ yang seolah-olah dibuat tanpa melakukan penelitian, kajian, serta pembacaan yang lebih meluas dan mendalam. Banyak hujahan yang simplistic dilontarkan, semata-mata untuk mempertahankan pandangan kelompok mereka.

2)
Sikap segelintir kecil orang-orang politik yang terlibat di dalam perbincangan tersebut yang gemar menggunakan hujah daripada nas Al-Qur’an dan Al-Hadith, walaupun mereka bukanlah orang yang berkelayakan dalam bidang agama atau tidak pernah mempelajari agama secara serius melalui sistem pengajian yang serius (bukan melalui bacaan satu-dua buku, bukan melalui kajian Internet, bukan melalui ceramah-ceramah, tetapi melalui kelas-kelas pengajian yang ada gurunya), membayangkan keangkuhan mereka. Ayat-ayat yang digunakan, serta sanggahan terhadap penggunaan ayat itu sebagai dalil membenarkan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam, telah disentuh oleh Mohd. Aizam bin Mas’od di dalam artikel bertajuk “Hujah Menolak Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Oleh Kristian”.

3)
Pendirian ‘tidak rasmi’ Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan oleh DSAI pada permulaan sesi perbincangan, yakni untuk menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini, antara lain – menurut DSAI – dikukuhkan dengan pandangan yang diterima daripada Dr. Yusuf Qardhawi dan Dr. Wahbah Zuhaili. Hal ini ternyata mengecewakan dan membayangkan seolah-olah orang-orang politik tersebut ‘miskin’ dengan jaringan para ‘ulama. Mendengar pandangan daripada dua orang tokoh tersebut, dan kemudian terus membuat suatu keputusan (saya katakan keputusan kerana kenyataan telah dikeluarkan dalam media) adalah merupakan perkara yang tidak sihat dan sebenarnya telah menutup pintu untuk menerima pandangan-pandangan lain. Ya, kedua-dua tokoh itu adalah tokoh besar di dalam dunia Islam tetapi dunia Islam mempunyai ribuan ‘ulama. Di Malaysia sahaja kita mempunyai begitu ramai ‘ulama yang hebat dan luas ilmunya. Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, sebagai contoh, seorang ‘ulama muda tempatan yang kitab-kitab karangan dan terjemahannya sudah mencapai 300 buah, malah ada di antara kitab-kitab beliau yang digunapakai di universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian di Mesir.

4)
Sesi perbincangan tersebut dilihat agak ‘tidak adil’ dan bersifat ‘syok sendiri’. Hal ini demikian kerana ahli perbincangan tersebut tidak cukup ‘diverse’. Majoriti ahli perbincangan adalah merupakan orang-orang parti politik masing-masing. Beberapa orang ahli akademik yang menghadiri perbincangan tersebut pula adalah merupakan kenalan lama kepada para pemimpin parti politik tersebut, sehingga menjadikan pandangan dan pendapat mereka agak ‘reserved’ dan terlalu berhati-hati. Agak mengecewakan kerana banyak di kalangan individu-individu yang autoritatif di dalam hal ehwal agama, terutama di kalangan ilmuan yang membantah penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, tidak dipanggil dan dilibatkan sekali. Seolah-olah, yang mereka iktiraf sebagai ‘ulama dan ilmuan hanyalah daripada circle mereka sahaja. Sedangkan, ada ramai ‘ulama dan ilmuan yang mampu memberikan pandangan secara ilmiah dan bernas – dan jika benar mereka mahu menegakkan semangat muzakarah demi mencari kebenaran, maka seharusnya mereka dilibatkan sekali.

5)
Sikap politik kepartian yang tidak matang ternyata masih menebal. Biarpun sesi perbincangan tersebut – menurut yang difahamkan kepada kami – adalah sesi perbincangan ilmiah yang bertujuan untuk membincangkan isu tersebut secara sihat demi mencari penyelesaian kepada dilema yang sedang berlaku, tetapi ternyata orang-orang politik yang terlibat di dalam perbincangan tersebut – tua atau muda – semuanya masih ‘terperangkap’ dalam kerangka politik kepartian yang tidak matang. Biarpun beberapa kali disebutkan agar isu ini tidak dijadikan sebagai isu politik, tetapi ternyata pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh orang-orang politik pada malam itu majoritinya berdasarkan kepada kacamata ‘politik menang-kalah’; soal populariti parti, soal memenangi undi masih lagi menjadi timbang tara yang melebihi timbang tara ilmiah. Malah, perbincangan yang seharusnya ilmiah itu acapkali menjadi sesi mengutuk UMNO dan kerajaan. Ketua Umum PKR sendiri, pada hemat saya, agak emosional dan sangat terikat dengan pertimbangan politik dalam menilai pandangan-pandangan yang dikemukakan. Keadaan ini ternyata mengecewakan kerana sikap sebegini merugikan umat, kerana sikap ini menjadikan seolah-olah segala yang datangnya daripada UMNO itu dilihat oleh PAS-PKR sebagai ‘najis’ dan begitulah sebaliknya.

6)
Apa yang agak mengecewakan dan merisaukan juga adalah apabila DSAI mengeluarkan kenyataan supaya isu penggunaan nama Allah ini tidak dipanjangkan kerana banyak isu lain yang ‘lebih penting’ seperti isu kezaliman pemerintah, rasuah dan sebagainya yang perlu diberikan penumpuan serius. Saya agak terkesima dengan kenyataan tersebut, yang membayangkan satu kecelaruan dalam pandangan alamnya. Isu nama Allah ini berkait rapat (jika pun tidak berkait secara langsung) dengan usuluddin, dengan asas agama – kerana yang dibincangkan di sini adalah nama Tuhan kita! – justeru persoalan yang berkaitan dengan ‘aqidah umat Islam (walaupun mungkin tidak berkaitan secara langsung) haruslah diberikan keutamaan. Kenyataan DSAI itu membayangkan seolah-olah untuk ‘bertarung’ dengan orang Islam (kerajaan UMNO) itu lebih penting daripada bersatu bersama umat untuk ‘bertarung’ menentang orang bukan Islam (gereja Katolik).

Agaknya, memang sukar untuk merubah masyarakat menjadi masyarakat yang benar-benar berbudaya ilmu. Agaknya juga, masih ramai yang tidak memahami bahawa politik bukanlah penyelesaian terbaik kepada segala permasalahan umat yang wujud pada hari ini. Mungkin juga, ramai yang masih belum memahami bahawa asas kepada penyelesaian permasalahan umat, dan seterusnya untuk membina tamadun umat Islam yang terbaik, adalah pada persoalan ‘aqidah – soal pembentukan pandangan alam Islam yang benar dan jelas.

Saya pasti ulasan ini tidak popular. Mohon maaf jika ada sesiapa yang terasa. Semoga Allah mengurniakan hidayah-Nya kepada kita semua dan melimpahi Rahmat-Nya kepada kita tanpa putus.

Nazri Silap tentang Undang Undang Sekat Dakyah Kristian!

Dari blog Zulkifli Noordin.
19 January 2010
(Mukadepan akhbar Utusan Malaysia Rabu 26 Rejab 1427/23.08.2006 melapurkan janji UMNo/Be End untuk menguatkuasakan Artikel 11 (4) di empat negeri. Mana janji-janji itu? Lihat berita penuh dilampiran bawah).
Salam 2 all.
Saya merujuk kenyataan YB Datuk Seri Nazri Aziz yang menyatakan bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh kumpulan Kristian di Kuala Lumpur. Pulau Pinang, selain Sabah dan Sarawak. Mengikut kata beliau, ini adalah kerana keempat-empat negeri tersebut tidak mempunyai sebarang undang-undang menyekat penggunaan perkataan ALLAH, tidak sebagaimana 10 negeri lain yang mempunyai undang-undang yang berkaitan.
Saya berpendapat kenyataan tersebut kurang tepat kerana undang-undang negara mempunyai peruntukkan yang cukup untuk menghalang atau mengharamkan penggunaan kalimah yang dianggap sensitif dan atau bercanggah dengan agama Islam.
Datuk Seri Nazri mungkin lupa kepada kenyataan beliau sendiri yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia Rabu 29 Rejab 1427/ 23.08.2006. Semasa itu isu kes memurtadkan Azlina Jailani @ Lina Joy sedang hangat diperkatakan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Azlina (yang disokong oleh 13 Ngo bukan Islam termasuk Sisters in Islam) untuk mengesahkan kemurtadan beliau ke agama Kristian dan menukar nama beliau didalam MyKad. Isu berkaitan peruntukkan Artikel 11 (4) telah berbangkit.
Saya adalah antara mereka yang menentang keras tindakan Azlina Jailani dan kumpulan-kumpulan Ngo Kristian, Majlis Peguam dan lain-lain dalam cubaan mencabar kedudukan Islam didalam negara ini. Malah saya telah berjumpa sendiri dengan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membawa kepada YAB membuat kenyataan saperti yang saya lampirkan dibawah.
Malahan Datuk Seri Nazri turut membuat komen iaitu, “beliau akan merujuk kepada Peguam Negara esok mengenai kedudukan draf undang-undang itu untuk Wilayah Persekutuan. Sambil menyokong arahan Perdana Menteri itu (untuk menggubal undang-undang menyekat dakyah agama bukan Islam), beliau berkata, kerajaan negeri kemungkinan boleh dianggap melanggar undang-undang Malaysia sekiranya tidak mengambil inisiatif untuk berbuat demikian seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. ‘‘Kita perlu ingat di dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh mengembang agama lain di kalangan orang Melayu atau Islam”. ‘‘Saya berharap semua kerajaan negeri akan memberi perhatian terhadap perkara ini demi melindungi orang Melayu atau Islam daripada dipengaruhi oleh agama atau kepercayaan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini. Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, perkara itu perlu disegerakan kerana ia melibatkan sensitiviti orang Islam di negara ini”.
Saya mahu bertanya YB Datuk Seri Nazri, mana dia janji-janji tersebut? Apa dah jadi dengan deraf undang-undang tersebut. Kalau ikut kenyataan mereka pada tahun 2006, ada pemimpin UMNo/Be End siap janji akan menggubalnya tahun 2006 itu juga!! Tapi habuk pun tarak; janji tinggal janji, cakap tak serupa bikin.
Malahan saya berpendapat isu penyalahgunaan kalimah ALLAH oleh segelintir Kristian di Sabah/Sarawak ini mungkin langsung tidak akan timbul sekarang jika UMNo/Be End menunaikan janji palsu mereka tiga tahun lepas untuk menggubal dan melaksanakan undang-undang Anti-Dakyah Agama ini di keempat-empat negeri tersebut! Kini ketiadaan undang-undang Anti-Dakyah Agama ini diambil kesempatan oleh segelintir puak Kristian untuk mencabar kesucian aqidah Islam.
Selanjutnya, Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mengeluarkan fatwa bahawa penggunaan nama ALLAH (dan banyak perkataan lain yang dinyatakan) adalah tidak dibenarkan samasekali kecuali oleh orang Islam. Bermakna, walaupun tanpa Artikel 11 (4) Perlembagaan dan enakmen negeri-negeri, pihak berkuasa boleh menggunakan Seskyen 298A Kanun Kesiksaan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menggunakan nama ALLAH selain daripada maksud Tuhan yang Satu saperti yang dii’tiqadkan oleh umat Islam. Seksyen 298A (1) menyebut, “barangsiapa dengan perkataan, samada secara lisan atau bertulis…memudaratkan, atau cuba memudaratkan, atau berkemungkinan memudaratkan, pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan…atas alasan-alasan agama, diantara orang yang menganut agama yang sama atau berlainan agama, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih dari lima tahun“.
Oleh itu, kerajaan boleh mengambil tindakan berdasarkan lapuran-lapuran polis yang dibuat oleh pelbagai individu dan NGO berkaitan isu penyalahgunaan kalimah ALLAH menurut i’tiqad aqidah umat Islam di Malaysia ini, samada terhadap golongan Kristian dan bukan Islam, dan terhadap individu atau kumpulan yang mengaku beragama Islam!!
Berdasarkan itu, saya berharap YB Datuk Seri Nazri dapat memperbetulkan kenyataan beliau tersebut yang menyatakan Kristian di Sabah/Sarawak termasuk Kuala Lumpur dan Pulau Pinang boleh menggunakan kalimah ALLAH. Bukan sahaja kenyataan beliau itu bercanggah dengan undang-undang negara, malah bercanggah dengan kenyataan beliau sendiri yang dibuat tiga tahun lepas. Melayu mungkin mudah lupa, sebagaimana titah Mamanda Tun Mahathir suatu ketika dahulu; tetpai umat Islam bukan jenis pelupa!!

Saya juga mengambil kesempatan ini mencabar kerajaan Be End/UMNo supaya mengotakan janji-janji mereka saperti yang telah mereka buat pada tahu 2006. Janganlah main hangat-hangat tahi ayam; bila ada isu baru kelam kabut buat kenyataan tabur janji sana-sini, bila reda masing-masing jadi Pak Pelupa. Saya sendiri telah mengemukakan pelbagai cadangan dan usul setelah menjadi Ahli Parlimen sessi ke 12 ini. Ini terbukti didalam Hansard Parlimen. Namun saya tidak punya kuasa; malahan cadangan dan usul saya kemukakan dibahas pun tidak di Parlimen, kerana UMNo/Be End yang menguasai Parlimen tidak berminat pun dengan isu ini. Kalau benar UMNo katanya juara dan champion umat Islam saperti yang diperkokokkan, saya tidak nampak mengapa undang-undang Anti-Dakyah Agama ini tidak boleh dibentangkan disidang Parlimen bulan Mac akan datang. Peruntukkan Perlembagaan sudah ada, 10 negeri lain telah pun laksanakan, Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun memmbuat Fatwa, para Sultan dan Raja-Raja Melayu telah pun menegaskan supaya Islam dihormati..yang tinggal hanya “political will’-kesungguhan politik UMNo/Be End untuk mengotakan janji mereka dan melaksanakannya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
03 Safar 1431
19 Januari 2010

########################################################

(Petikan kenyataan Datuk Seri Nazri di MalaysiaKini Selasa 03 Safar 1431/19.01.2010)
Nazri: ‘Allah’ juga boleh diguna di WP, P. Pinang
Jan 18, 10 3:00pm
Selain Sabah dan Sarawak, perkataan Allah juga boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, kata seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz bagaimanapun berkata, di negeri-negeri lain yang mempunyai enakmen agama Islam, bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan Allah, lapor The Sun. Jumaat lalu, beliau dipetik berkata penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan ‘God’ dalam bahasa cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu. Pengumuman itu dibuat olehnya dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana.

#########################################################

(Petikan kenyataan pimpinan UMNo/Be End termasuk Dato’ Seri Nazri yang disiarkan dihalaman depan Utusan Malaysia Rabu 29 Rejab 1427/23 Ogos 2006)
Empat negeri setuju — Gubal perundangan sekat penyebaran agama lain di kalangan umat Islam
KUALA LUMPUR 22 Ogos – Empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk melaksanakan undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam.
Kesemua negeri itu sedang berusaha untuk mempercepatkan pewartaan undang-undang itu. Pulau Pinang akan membentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini, Sarawak pula akan membincangkan mengenai perkara itu di Kabinet negeri secepat mungkin.
Sabah pula akan merujuk kepada Peguam Negeri untuk digubal undang-undang itu. Sementara Wilayah Persekutuan pula, yang merangkumi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sedang menggubal draf undang- undang itu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, beliau akan merujuk kepada pejabat Peguam Negara bagi menggubal undang-undang tersebut.
‘‘Kita akui di Sabah masih belum wujud undang-undang itu bagaimanapun ia perlu dirujuk kepada Peguam Negara,’’ katanya di Kota Kinabalu hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam yang mengarahkan empat kerajaan negeri mengambil tindakan yang sesuai untuk menggubal undang-undang berkenaan.
Abdullah berkata, empat negeri yang masih belum mempunyai undang-undang seperti di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan itu ialah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Bagi Sarawak, undang-undang tersebut akan dibentangkan ke Kabinet negeri secepat mungkin.
Ketua Menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, setakat ini Sarawak memang tidak mempunyai undang-undang sedemikian kerana tidak banyak kontroversi berkaitan agama berlaku di negeri itu.
“Perkara ini (menggubal undang-undang) akan dibawa ke Kabinet negeri untuk dibincangkan dan akan dilaksanakan secepat mungkin,’’ katanya.
Sementara itu, mengulas perkara yang sama, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, penggubalan undang-undang tersebut akan dirujuk terlebih dahulu kepada Peguam Negeri sebelum ia dibentangkan di Kabinet negeri.
‘‘Peguam Negeri akan meneliti prosedur pelaksanaan undang-undang itu yang diamalkan di negeri lain sebagai panduan untuk dipraktikkan di negeri ini,’’ katanya.
Bagaimanapun, tambahnya, arahan Perdana Menteri semalam akan diambil tindakan segera kerana bimbang kemungkinan berlaku pertelingkahan atau kontroversi agama pada masa akan datang.
‘‘Sudah sampai masanya undang-undang sedemikian diperlukan sebagai persediaan awal berlaku kontroversi berkaitan agama di negeri ini,’’ katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Shabudin Yahaya menjelaskan, draf undang-undang itu bagi mengawal atau menyekat pengembangan agama lain di kalangan orang Islam bagi negeri itu sedang dalam proses akhir disiapkan.
Ia dijangka dibentangkan untuk diluluskan pada persidangan DUN, November ini.
Katanya, draf itu akan diperakukan dalam mesyuarat MAIPP September ini terlebih dahulu sebelum dibentangkan pada persidangan tersebut.
‘‘Kerajaan negeri sebelum ini telah memberi jaminan bahawa tiada halangan dalam menggubal atau mewujudkan peruntukan itu seperti yang termaktub di bawah Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996,’’ katanya.
Shabudin memberitahu, dalam usaha menyiapkan draf berkenaan, pihaknya akan merujuk kepada undang-undang yang diguna pakai di negeri lain untuk keselarasan.
‘‘Draf ini apabila diluluskan akan menyelaraskan undang-undang Pulau Pinang dengan negeri lain bagi memastikan orang Islam tidak dihasut atau dipengaruhi untuk cenderung kepada agama lain, menjadi pengikut, ahli agama bukan Islam atau meninggalkan dan membelakangkan agama Islam,’’ tegasnya.
Dalam pada itu, Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon telah mengarahkan Penasihat Undang-Undang Negeri supaya mempercepatkan kajian dan penelitian undang-undang itu sebagaimana yang diarahkan oleh Perdana Menteri semalam.
Katanya, Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan dengan keempat-empat negeri terbabit bagi menggubal undang-undang yang sama supaya tidak menimbulkan sebarang keraguan dan masalah pada masa hadapan.
‘‘Perkara tersebut sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia diberi perlindungan dan perlembagaan mengatasi semua perkara.
‘‘Kerajaan negeri juga akan mengambil inisiatif untuk memberi penjelasan kepada semua penduduk agar ia tidak menimbulkan sebarang keraguan di masa hadapan,’’ katanya.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau akan merujuk kepada Peguam Negara esok mengenai kedudukan draf undang-undang itu untuk Wilayah Persekutuan.
Sambil menyokong arahan Perdana Menteri itu, beliau berkata, kerajaan negeri kemungkinan boleh dianggap melanggar undang-undang Malaysia sekiranya tidak mengambil inisiatif untuk berbuat demikian seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
‘‘Kita perlu ingat di dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh mengembang agama lain di kalangan orang Melayu atau Islam.
‘‘Saya berharap semua kerajaan negeri akan memberi perhatian terhadap perkara ini demi melindungi orang Melayu atau Islam daripada dipengaruhi oleh agama atau kepercayaan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, perkara itu perlu disegerakan kerana ia melibatkan sensitiviti orang Islam di negara ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ulasan Admin:
Artikel di atas adalah pandangan peribadi Tuan Zulkifli Noordin, ahli berdaftar Muslim Bloggers Alliance.
Seboleh mungkin, MBA tidak mahu terlibat didalam soal soal berkaitan politik negara dan memusatkan kepada hal ehwal berhubung dengan Agama Islam, hal ehwal masyarakat dan hanya bila terpaksa menyentuh bab siyasah negara.
Ini disebabkan dasar perlembagaan MBA yang tidak membezakan diantara pegangan ahli MBA dan artikel artikel mereka yang tidak tersasar dari matlamat memperjuangkan kesyumulan Islam akan dipertimbangkan untuk penyiaran semula disini.
Bagi pendapat peribadi saya, Tuan Zulkifli Noordin mempunyai hujah hujah yang berasas didalam menyanggah kenyataan Dato Seri Nazri Aziz yang menyatakan bahawa keempat negeri tersebut iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai sekatan ke atas penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian.
Saya ingin bertanya,” Sejak bila Dato Seri Nazri Aziz mengambil alih kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong Malaysia selaku KETUA AGAMA ISLAM di negeri negeri dan Wilayah Persekutuan tersebut dimana kita semua sedia maklum bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong adalah diamanahkan oleh Perlembagaan Malaysia menjaga hal ehwal Agama Islam bagi negeri negeri tersebut yang tidak dibwah perintah seorang Sultan atau Raja Melayu?
Sejak bila Dato Seri Nazri Aziz diberi kuasa oleh umat Islam di keempat negeri tersebut untuk mewakili mereka?
Kenyataan tanpa memeikirkan natijah terhadap kedudukan Agama Islam oleh menteri berkenaan amat dikesali kerana soal ini melibatkan kesejahteraan ummah!
Apakah Dato Seri Nazri Aziz bersedia untuk bertanggungjawab nanti bilamana Gereja Katolik Kristian yang tegar beriya iya menjalankan dakyah mereka kini diberi izin tanpa tauliah oleh seorang menteri yang berkata ia menurut perintah Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak?
Jangan main main dengan masadepan umat Islam!
Natijahnya nanti teramat buruk dan menteri menteri berkenaan akan di pertanggungjawabkan nanti sekiranya berlaku kebangkitan ummah yang semakin marah dengan pencerobohan ke atas kesalahgunaan Ismul Allah oleh pihak Kaffir yang TIDAK BERIMAN dan MEMPERCAYAI ALLAHU TA’ALA sebagai RABBUL ALAMIN!
Zainol Abideen @ MAHAGURU58
Muslim Bloggers Alliance.

‘What will happen when ‘Allah’ is used in place of God in the ‘Bible’?

Sourced from : http://ifirrr.blogspot.com/2010/01/what-will-happen-when-we-use-allah-for.html

What will happen when we use Allah for God in the English Bible..?

Jesus said: Allah is greater than I” (John 14:28),
Jesus said the most important commandment is “Hear, O Israel, the Lord our Allah, the Lord is one. Love the Lord your Allah with all your …heart and with all your soul and with all your mind and with all your strength.” (Mark 12:29-30)
“I am Allah, and there is no other; I am Allah, and there is none like me” (Isaiah 46:9),
‘One of those days Jesus went out to a mountainside to pray, and spent the night praying to Allah.’ (Luke 6:12),
“Jesus of Nazareth was a man accredited by Allah to you by miracles, wonders and signs, which Allah did among you through him, as you yourselves know.” (Acts 2:22),
“I am the LORD your Allah, who brought you out of Egypt, out of the land of slavery. You shall have no other gods before me.” (Exodus 20:2-3; Deuteronomy 5:6-7),
Jesus prayed to Allah:
‘Going a little farther, he (Jesus) fell with his face to the ground and prayed, Allah, if it is possible, may this cup be taken from me. Yet not as I will, but as you will.” (Matthew 26:39),
‘Jesus prayed to Allah for himself and said, “…Now this is eternal life; that they may know you, the only true God, and Jesus Christ, whom you have sent…”(John 17:3).
Now I wonder what was the actual teachings of Jesus Christ according to the HOLY BIBLE !!?



Broteby

Bro. Shah Kirit.

Brother Shah Kirit Kakulal Govindji

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

I came across this article in the blog of brother Firdaus, Strategic Advisor to PERKIM KL.

I congratulate Brother Firdaus for his insightful outlook as to the consequences to the Catholic Church of Malaysia’s insistence that they be allowed to publish their Herald Magazine in the Malay language using ‘Allah’ as the name of their ‘God’?

I wonder whether the Catholic Church will have the guts to change their ‘Bibles’ in English to have the word ‘Allah’ replacing the term ‘God’?

Thank you Brother Firdaus for raising this matter. May Allah the Almighty bless you.

Amin!

The true Allah Subhanahu Wa Ta’ala of course. 🙂

On the use of ‘ALLAH’ by The Herald. Hussaini Abdul Karim

http://hak55.blogspot.com/2010/01/on-use-of-allah-by-herald.html

Haven’t you all come across jokes making fun of Gods?
The numerous Gods that different people and religions pray to. Gods depicted in pictures, photos and videos having hands as many as the millipedes and centipedes, noses that look exactly like an elephant’s and ears as large as an elephant’s too.
There are Gods who look more like ghosts and monsters to me but what the heck, they are still some people’s Gods. There are Gods made of stones, steel, timber, paper and and even plastic. Gods that look like clowns, etc., etc.
Then, the numerous jokes about St Peter, Noah and Abraham, well they are not Gods but Gods’ lackeys. People also make fun of Gautama Buddha; well, he’s still God to some.

People make fun of other people’s Gods, but when it comes to your turn, you become so agitated.

If you read some publications from the West, they have always, since a very long time ago, make fun of ‘Allah’ and Prophet Muhammad (PBUH). Many of these literature have found its way here. The most common one was about the mountain and the Prophet.

I bought a book on Islamic History in Kuala Lumpur published by Reader’s Digest some time ago and in it is shown a drawn picture of the Prophet (PBUH) full face and in full gear with his beard, no moustache and his famous gilded sword, looking at a map of areas and territories showing the spread of Islam. As a devoted and staunch Muslim, It (the picture) didn’t affect me a bit.

Did Hishammuddin or JAKIM, or the people holding the respective appointments before them, sue all these publications? No, they didn’t!

Anyway, if KDN and JAKIM and now the PM’s Dept want to file an appeal on the recent verdict on the use of ‘Allah’ by the Herald – The Catholic Weekly that didn’t come their way, fine, go ahead with it. I think the Appeals Court with a totally different set of owl-like learned judges, maybe this time with all Muslim judges, will deem the verdict wrong and say that the judge Madam Justice Lau Bee Lan had erred, and then give the benefit to the plaintiff and the whole thing will start all over again, and there will be no end and becomes fodder for us writers and bloggers both local and foreign, like you and I, for as long as the case continues.

That’s the way the Malaysian Judiciary System works, if you all had observed it carefully. The Muslims, upon hearing the new verdict, will obviously be very happy and then the Archbishop Dominic Vendargon, Archbishop Murphy Nicholas Xavier Pakiam and Father Lawrence, The Herald’s editor, will probably seek the advice of a Queen’s Counsel (QC), no, this time it will not be Mrs Blair again (though she would very much like to come to Malaysia again), and perhaps they will go all the way to Cardinal Joseph Ratzinger ( Pope Benedict XVI), for a solution.

Personally, I think, this whole issue has been wrongly handled from Day 1. In the first place, it shouldn’t have gone to a Civil Court because it is an issue pertaining to religions, viz. Islam and Christianity. So, it should be handled by our Ulamaks and for them to have a dialogue with the Archbishop and his trusted senior aides and and at best, go to the Syariah Court, or any other better forum, if they exists. There, these people should try to amicably settle the issue and remain friends in the spirit of 1Malaysia. The Council of Ulamaks can then come out with a Fatwa that please the majority, otherwise, refer it to the Grand Imam at Al-Azhar, among others, for his grand opinion. We can then move on to better things after that.

I have a feeling that this is a ‘diversion’ created by people in the know and in power to sway us Malaysians, for as long as possible, from talking about and discussing more crucial issues such as the price increase in sugar and some other commodities that will be announced soon, Teoh Beng Hock’s case, where to get the money to pay government servants’ next month’s salaries (EPF, Tabung Haji, Petronas or borrow from our neighbour?), corruption involving some big fish, etc.

One day, a boy asked a Catholic Priest after completing Sunday Mass, ‘Other than praying and preaching, do you have any fun at all?’

The Priest answered,’ Nun, Nun and Nun.’ Reader’s Digest’, January 2010.

Why aren’t there any more beautiful women in Italy now and Sophia Loren, having past 80, is still considered the most beautiful woman there?

Because, the harems in Rome in the days of the Roman Empire only had men.

Best regards.

CHRISTIAN TRANSLATION OF THE TRIUNE GOD USING THE TERM ALLAH: A CASE OF A WORD WRONGLY USED

http://akhienaim.blogspot.com/2010/01/christian-translation-of-triune-god.html

I. The Importance of Language in Connection with Mind and Religion

It was reported that Peter Lombard’s Four Books of Sentences recorded the following concern of Jerome, on “heresy arises from words wrongly used”.

Those remarks by St Jerome of Stridonium (d.420), who was regarded as the most learned of the Latin Fathers, clearly reflected how paramount the importance of language was for him, particularly in relation to theological matters.

The fact is, that there is a profound connection between language and reason, as words and term connote what is conceptualized or understood by the mind.

To quote Prof. Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas’s latest work Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam (Penang:USM,2007), “bahasa merupakan alat akal fikri yang sekaligus juga mempengaruhi pemikiran si penggunanya.” That is to say, “language is the instrument of the reasoning of its users.”

For one may well ask, what is the purpose of language if not to make true meanings of words  to become intelligible to the mind? And as such, what is the fundamental purpose of language if not to project the worldview of its users in a faithful manner?

Because using language correctly is a cognitive action, it is imperative for its users to be meticulous in its “correct usage” as well as in the pursuit of its “authentic meaning.”

As far as fundamental religious matters are concerned, to use language incorrectly introduces confusion to the mind of its users. Words wrongly used will inevitably impinge upon semantic change in theological concepts and the way one views reality and truth.

Hence, the pressing need to exercise constant vigilance in detecting erroneous linguistic usage.

II. The Grammar of Christian Triune God

In the Christian context, it is in order to avoid such heresy arising from the erroneous use of words and terms that St Thomas Aquinas (d.1274) said this in his Summa Theologica: “when we speak of the trinity we must proceed with care”.

As if anticipating detractors who would argue that the quest for the right words in divine matters is “toilsome”, Aquinas insisted that it was well worth the effort. St Augustine (d.430), who was arguably the most important Christian thinker after St Paul, said that in comparison to the wrong usage in theology, “nowhere is error more harmful.”

Following another eminent doctor of the Western Church, St Hilary of Poitiers (d.c 367), Aquinas advised Christians to shun the term the “singular” God, as that would exclude their notion of God whose essence their notion of God whose essence is common to the three distinct Hypotheses.

Likewise, Aquinas advised Christians to avoid the term the “only” God, as the adjective “only” (Latin unici) would take away their notion of the number of Divine Persons. In Aquinas’s words, “We do not say ‘the only God,’ for Deity is common to many”: referring to their belief that deity is common to the co-eternal Persons: the Father, the only-begotten Son, the Holy Ghost.

III. Translation of the Triune God using the term Allah: A Case of A Word Wrongly Used

Naturally, I find that there are many contradictions between what was advised by Aquinas, who was the foremost Western theologian of the Church, with the concerns of a few Malaysian Christian leaders recently highlighted in our media. While Aquinas advised his coreligionist to exclude from God the idea of “singularity” or “uniqueness”, a few Christians in Malaysia (or in any country for that matter) insist on translating their notion of a triune God by using the term ‘Allah’.

IV. “He is Allah, the Absolute One…”(al-ikhlas, 112), etc.

But there a fundamental issues that they have to address first without confusing themselves and creating linguistic anarchy, because among the firmly integral purports of the term Allah are al-Ahad (the Absolute One), al-Wahid (the Absolute Unique) and al-Witr (the Absolute Singular, the Unequalled) Who has no son, nor father, nor partner, nor likeness.

These purports have been mentioned by way of describing who Allah is in the Qur’an as well as in its interpretation by the authentic traditions of the Prophet Muhammad, who is, for that matter, considered by experts as the most eloquent of the Arabs.

In order for us to see how those worldviews are contrasted to each other, and hence to be careful in our translation, it is sufficient to compare the abovementioned statement on God by Aquinas with the following.

Commenting on the meaning of al-Wahid al-Ahad, Muhyiddin Ibn al-‘Arabi (d.1240) had simply this to say in his Futuhat Makkiyyah: “Allah is Unique, the Absolute One with respect to His godhead, there is no God (Ilah) except He.”

As far as the authentic meaning and correct usage of the term Allah throughout the ages are concerned, the Tahdhib of al-Azhari (d.980) and the Lisan al-‘Arab of Ibn Manzur (d.1311) have documented that, excepting Allah, there is no being to whom the purports of al-Wahid and al-Ahad are applicable together, or to whom al-Ahad is applicapble alone. ”Verily,I,-I alone-am Allah: there is no God (Ilah) but I: therefore worship Me” (the Qur’an, Ta Ha, 20:14).

V. Allãh is a Proper Name; God is a Common Name

That is why the term Allah is a proper name which is never shared by others throughout the history of language. The term Allah is not “communicable both in reality and in opinion”, if we want to use Aquinas’s technical terminology.

On the contrary, such terms as Ilah (God in Arabic), Tuhan (God in Malay) or God (in English) are communicable, and have indeed been used to others. Earlier, we have noted Aquinas’s assertion that the term God is common to the three Summa Theologica which explains the statement an eastern theological doctor of the Greek and Latin Churches.

VI. Allãh is a Proper Noun; God is an appellative Noun

Now, according to St John of Damascus, the term God in Greek as well as in Latin (theo) is a derivative, from either of these three root-words. It is either from a particular word which means “to cherish all things”, or from another word which means “to burn” (for the Christian God is “a consuming fire”, according to St John), or from another word which means “to consider all things”.

Marshalling his argument on that premise, Aquinas concluded that the name God in this context is not a proper noun. On the contrary, it is an appellative noun, or a title, for it signifies the divine nature in the possessor, either in the sense that He is the “Cherisher”, the “Taker of account of everything”, or the “Comprehender of everything”, and so on.

VII. Allãh Has No Plural; God’s Plural is Gods

Aquinas also corroborated his significant conclusion by the fact that the term God has plural (Gods), as in the Biblical text “God presides in heavenly council; in the assembly of the Gods he gives his decision… I have said, You are Gods” (Psalms 82.1,6).

Here, the argument on the right to translate a common noun God using the proper noun Allah crumbles; it is only correct to translate God using Tuhan. As far as the proper noun Allah is concerned, it has absolutely no plural, reflecting the notion on the One and Only God whose Essence absolutely excludes the purport of consisting of three distinct co-eternal persons, whether in the imagination, in actuality, or in supposition.

“Do not say:’Trinity’.Desist [from this assertion] it is better for you! Allah is but the Only God (Ilah Wahid); Glory be to Him-that He should have a son!” (The Qur’an, al-Nisa’,4:171)

VIII. The Proper Noun Allãh Neither Belongs to Any National Language Nor a Derivative

Furthermore, the fact that it is a proper noun alone renders erroneous the critical assumption that the term Allah belongs to a notion language and is an Arabic derivative. Indeed, for those who care enough to check the truth, such an absurd claim has long been debunked as inconsistent with the rules of the Arabic language itself by authorities like Ibn al-Barri, a-Layth and al-Khalil (d.160/777) in his Kitab al-‘Ayn.

Al-Zabidi, in his Taj al-‘Arus, remarked that “the most sound view on the name Allah is that it is a proper noun given by the Essence, the Necessary Being. The name Allah combines the attributes of Perfection altogether, it is a non-derivative word.”

Then, al-Zabidi (d.1790) quotes he authority of Ibn al’Arabi (d.1240), who stated that “the term Allah is a proper name denoting the real and true God (al-Ilah al-Haqq), a denotion that comprises all the Unique most beautiful Divine Names.”

Last but far least on the “correct usage” and “authentic meaning” of the term Allah, al-Tahanawi (d.1745), in his dictionary of the technical terms relating to metaphysics, the Kashshaf Istilahat al-Funun, stated that “it is inspired to His servants that the real name Allah is a proper name of the Essence… The verifiers (al-Muhaqqiqun) holds that the name Allah is a non-derivative word; indeed, it is an extemporized proper name (ism murtajal) as it can be described but does not describe.”

Prepared by:
Dr. Mohd. Sani Badron

Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM)

PENGHAKIMAN KES KALIMAH ALLAH MEMBERI KESAN TERHADAP AGAMA PERSEKUTUAN OLEH : ZAINUL RIJAL ABU BAKAR

Keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan 31 Disember 2009 lepas yang membenarkan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald –The Catholic Weekly merupakan suatu tamparan yang hebat kepada usaha memartabatkan agama Islam sebagai “ Agama Negara”.

Masyarakat Islam arus perdana melihat penghakiman ini sebagai suatu perkara yang akan menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan umat Islam.

Penghakiman ini juga dilihat menghakis keistimewaan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Saya sendiri mendapat banyak panggilan telefon , emel dan surat bertanyakan kesan penghakiman tersebut terhadap kedudukan agama Islam di Malaysia khususnya.

Dalam beberapa hari sahaja penghakiman tersebut dikeluarkan keluhan dan ketidakpuasan hati umat Islam ini telah dizahirkan di dalam media-media arus perdana dan media alternatif.

Sebenarnya pendirian umat Islam bukanlah hendak memadam kalimah Allah di dalam kitab-kitab suci agama lain tetapi hanyalah berkisar di sebalik undang-undang yang berkuatkuasa di dalam negara dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

Perkara ini jelas kerana agama Sikh umpamanya yang menggunakan kalimah Allah di dalam bahasa asal kitab suci mereka tidak pernah dihalang daripada membaca ataupun mengamalkan ajaran di dalam kitab asal mereka.

Malah pendirian yang diambil oleh umat Islam bukanlah “peperangan antara kitab suci” tetapi lebih kepada memberi makna dan tafsiran yang jelas kepada peruntukan yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan yang disanjung oleh segenap warganegara Malaysia.

Permasalahan yang timbul ialah penerbitan Herald- The Catholic Weekly ini boleh digapai oleh orang ramai termasuklah orang Islam. Ia sudah tentu diedarkan dan tiada jaminan ia tidak akan sampai kepada orang Islam.

Walaupun usaha beberapa Majlis Islam negeri-negeri seperti Selangor, Wilayah Persekutuan, Trengganu, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Kedah serta Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) gagal mencelah di dalam kes ini, namun usaha ini haruslah diberi penghargaan yang tinggi kerana khususnya Majlis Agama telah menjalankan tanggungjawab statutori mereka di dalam mempertahankan agama Islam dan MACMA yang merupakan NGO tunggal berbuat demikian. Namun persoalan lain pula, di manakah Majlis-Majlis Agama Islam negeri lain?

Adakah mereka juga bersekongkol dan bersetuju kalimah Allah ini boleh digunakan oleh pihak Gereja di dalam penerbitan mereka?

Majlis-Majlis Agama mempunyai tanggungjawab statutori menasihati Sultan di dalam hal ehwal agama malah menjaga agama juga diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis Agama.

Hanya Islam sahaja satu-satunya agama yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tiada agama lain disebut secara spesifik di dalam Perlembagaan Persekutuan melainkan hanya disebut sebagai boleh diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni dalam negara sahaja.

Ini adalah jaminan Perlembagaan bahawa pengamalan agama lain oleh orang bukan Islam dibenarkan tertakluk kepada Perkara 11(4) iaitu berkaitan sekatan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.

Umat Islam adalah umat majoriti di negara kita. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Makna ‘boleh diamalkan dengan aman dan damai’ ialah agama lain selain agama Islam boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan selagi ia tidak menghakis kedamaian dan keamanan agama bagi Persekutuan iaitu Islam. Inilah kedudukan istimewa Islam.

Kedudukan istimewa Islam ini bolehlah di fahami kerana terdapat peruntukan-peruntukan yang lain yang memberi kelebihan kepada Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, antaranya:

a) Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa negeri-negeri boleh mewartakan undang-undang menghalang orang-orang bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka kepada orang Islam Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.;

b) Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Kerajaan Persekutuan diberikuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan kepada institusi Islam seperti masjid, sekolah agama dan juga bagi tujuan pembagunan syiar Islam;

c) Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan Kerajaan Negeri berkuasa membuat undang-undang bagi mentadbir urusan agama Islam.

d) Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan juga telah memberi pengiktirafan kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar kes-kes dan persoalan mengenai agama Islam dan Mahkamah Sivil tidak boleh campurtangan, membatalkan ataupun tidak menghiraukan keputusan Mahkamah Syariah.

Penghakiman Hakim Datuk Lau Bee Lan itu memberi kesan yang amat ketara terhadap orang Islam.

Ini bermakna orang bukan Islam bebas menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan mereka tersebut selagi ianya adalah di edarkan di kalangan orang bukan Islam.

Persoalan yang timbul pula apakah jaminan ianya tidak akan diedarkan kepada orang Islam?

Penerbitan tersebut tidak hanya diedarkan di gereja sahaja. Kenapakah pihak gereja begitu beria-ia mahu menggunakan kalimah Allah ini?

Tidakkah dengan menggunakan kalimah Allah ini ia akan menggugat kedamaian dan keamanan agama bagi Persekutuan?

Malah keujudan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) juga tidak mempunyai signifikan secara realitinya.

Enakmen yang telah ujud di beberapa negeri sejak berpuluh tahun masih tidak dilaksanakan. Malah ada negeri yang telah meluluskan enakmen ni masih tidak mewartakan dan memberi tarikh pelaksanaannya.

Empat buah negeri pula iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak masih belum menggubal undang-undang yang sama walaupun mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri semasa menjadi Perdana Menteri telah berjanji dan mengarahkan negeri-negeri ini menggubal undang-undang tersebut.

Sememangnya kepentingan agama Islam seringkali dipinggirkan semasa membuat sebarang tindakan oleh pelbagai pihak. Kenapa kita terlalu abai dalam perkara ini?

Dalam keadaan yang agak tegang ini saya menyeru kepada pihak kerajaan supaya dengan kadar yang segera memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Lau Bee Lan ini serta memohon menggantung perintah yang dikeluarkan itu.

Saya juga menyeru supaya pihak Kerajaan melaksanakan segera Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam dan bagi negeri-negeri yang belum menggubal undang-undang tersebut hendaklah berbuat demikian dengan kadar segera.

Majlis Raja –Raja Melayu sebagai ketua agama negeri-negeri juga perlu membuat ketetapan yang tegas berkaitan dengan perkara ini selaras dengan sumpah jawatan baginda mempertahankan Islam pada setiap masa.

Malah Yang Di Pertuan Agong menurut Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan juga boleh merujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi pentafsiran Perkara 3 tersebut.

Perkara 130 tersebut menyebut Yang di-Pertuan Agong boleh merujukkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapatnya apa-apa soal tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini yang telah berbangkit atau yang tampak padanya mungkin berbangkit, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka.

Oleh yang demikian jika Yang di Pertuan Agong merujuk kepada Mahkamah Persekutuan berkaitan isu ini mungkin akan meredakan ketegangan yang dihadapi oleh umat Islam sekarang.

Tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang pihak Gereja menggunakan kalimah Allah adalah kerana KDN sebagai salah sebuah organ kerajaan perlu mempertahankan ikrar Yang Di Pertuan Agong semasa menaiki tahkta iaitu mempertahankan Islam pada setiap masa. Oleh itu segala tindakan yang dibuat oleh pihak kerajaan perlulah sejajar dengan ikrar mempertahankan Islam ini. Secara mudahnya, setiap urusan kerajaan adalah disifatkan sebagai Urusan Seri Paduka Baginda (sebagaimana tertera di dalam sampul surat jabatan kerajaan). Oleh yang demikian adalah tidak masuk akal, urusan tersebut mencabul ikrar yang dibuat oleh Seri Paduka Baginda itu.

Kementerian Dalam Negeri perlu segera merayu keputusan kes ini kerana ia melibatkan kedudukan agama Islam di Malaysia apatah lagi keputusan mahkamah tertinggi di dalam negara perlu bagi menyelesaikan kedudukan ini secara muktamad.

Penulis adalah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia dan boleh dihubungi di zainul.rijal@abubakar.my.