Bo Lah Awe… oleh KATA KAMA

Monday, November 23, 2009

http://kamabakar.blogspot.com/2009/11/bo-lah-awe.html

Jemaah Haji Malaysia daripada maktab kami semasa menziarahi medan Perang Uhud dipinggir Kota Mekah. Syahdu melihat perkuburan para Syuhada terutama tempat bersemadinya Saiyyidina Hamzah, bapa saudara Rasulullah saw, yang gugur di peperangan tersebut.

[Bo Lah, dalam loghat Kelantan bermaksud Cukuplah. Ertikata Bahasa Inggeris yang paling hampir mungkin enough is enough. Marilah kita merenung bersama halatuju kita sebagai saudara seagama. Yang penting: politik diketepikan, ibadah diutamakan]Kadangkala saya rasa dosa diri ini bertambah-tambah pulak sejak dua menjak ni. Musykil jugak bila memikirkannya, lebih-lebih lagi kerana pada hemat saya dosa yang dibuat hanyalah ‘dosa kering’ semata-mata. Tapi kerisauan tetap menggugat jiwa.

Apa tidaknya, menjelang Hari Wukuf, yang musim Haji ini jatuh pada hari Khamis 26 November, genaplah setahun saya menadah tangan di Arafah, dengan linangan airmata memohon keampunan Ilahi.

Keheningan malam di Muzdalifah dan Mina masih terasa, dan sebak kembali bertakhta di dada bila menghayati saat-saat syahdu mengatur langkah-langkah kecil mengelilingi Kaabah yang suci.

Kalau boleh, diri ini tak mahu lagi mempersiakan sisa-sisa hidup yang sudah menjelang senja ini dengan dosa. Tak kiralah apa jenis dosa sekalipun, apatah lagi dosa besar.

Tapi, saban hari tidak lekang daripada membaca rentetan dan cetusan hati pembicara politik semasa tanahair, baik dari pihak kerajaan maupun pembangkang. Pelbagai isu diperkatakan dan kadangkala bahasa yang digunakan begitu kesat sekali.

Tuduh menuduh, keji mengeji, fitnah memfitnah, maki hamun dan carutan; demi mendokong pegangan politik yang berbeza kita sanggup mencemar maruah diri kita sendiri. Dimana letaknya ketinggian pekerti kita sebagai seorang Muslim?

Pokok pangkalnya saya sekadar membaca; benar atau tidak isi kandung komentar sudah tentu sekali tidak dapat saya pastikan. Andainya fitnah, maka secara tidak langsung terbabitlah saya kerana turut menggusari sipenama. Inilah dosa kering yang saya maksudkan.

Kenapalah begitu tak keruan sekali keadaan umat kita sekarang. Bila agaknya kita hendak berbaik-baik sesama kita demi agama, andainya tidak mahu berdamai demi bangsa dan negara?

Adakah politik itu tonggak segala-galanya sehingga kesucian agama tergamak diperlekehkan begitu rupa?

Tidak wajarkah kita bersatu demi Ummah?
Sesungguhnya, EGO telah meranap dan meruntuhkan akhlak dan aqidah antara kita …..

2 comments:

Al-Manar said…

Hajjah,Syabas kerana timbulnya perasaan yang mencerminkan kesederan dan keinsafan. Saya rasa ego, perlumbaan kuasa dan kebendaan menjadi salah satu sebab keadaan yang berlaku. Tiada lagi keinginan mengambil tahu samaada masih adakah diluar sana mereka yang betul betul memerlukan bantuan. Tnggal ‘rhetoric’ sahaja laungan berkhidmat kerana ugama dan bangsa.

Pi Bani said…

Kerana itulah saya menjauhkan diri dari apa-apa saja yang berkaitan dengan politik. Buat kerja senyap-senyap tanpa melibatkan orang politik lebih memberi kepuasan diri…

Cara Melaksanakan Ibadah Qurban dari Abu Aslam

Sumber : http://www.abuaslam.com/?p=357

Ulama ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh ALLAH. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima ALLAH.

Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana ALLAH dan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w.

Firman ALLAH S.W.T:

“DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).” – Surah al-Mulk: 2.

Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidil Adha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunnah-sunnah Nabi s.a.w seperti berikut:

1. Waktu perlaksanaan ibadah korban.

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidil Adha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidil adha. Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.

Imam Syafie r.h berkata:

“Waktu menyembelih haiwan korban adalah ketika imam telah selesai solat Aidil Adha…Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Dzulhijjah), tidak boleh lagi menyembelih korban.” – Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm fi al-Fiqh karya Imam Syafie, edisi terjemahan bertajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Peringkas dan peneliti Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, Pustaka Azzam, Jakarta (2004), jil. 1, m.s. 737.

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا نُصَلِّي ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَنْحَرُ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لأَّهْلِهِ لَيْسَ مِنْ النُّسُكِ فِي شَيْء

Maksudnya:
“Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidil Adha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Oleh itu, sesiapa yang melakukan sebegitu dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1961

Sabda Rasulullah s.a.w:

مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلاَةِ فَلْيُعِدْ

Maksudnya:
“Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (Aidil Adha), dia hendaklah mengulanginya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5561.

Sabda Rasulullah s.a.w:

كُلُّ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ ذَبْحٌ

Maksudnya:
“Seluruh hari-hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan.” – Hadis riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no: 16151.

2. Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan.

Kita hendaklah pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

Sabda Rasulullah s.a.w:

أَرْبَعٌ لاَ تَجُوزُ فِي الأََضَاحِيِّ فَقَالَ الْعَوْرَاءُ بَيِّنٌ عَوَرُهَا وَالْمَرِيضَةُ بَيِّنٌ مَرَضُهَا وَالْعَرْجَاءُ بَيِّنٌ ظَلْعُهَا وَالْكَسِيرُ الَّتِي لاَ تَنْقَى

Maksudnya:
“Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus).” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Dawud, 2420.

3. Tidak menggunting rambut dan memotong kuku.

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Dzulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ

Maksudnya:
“Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1977.

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Menurut Imam al-Nawawi r.h:

“Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut baik sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atu bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain.”

Rujuk Kitab Syarh Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139. Diukil dari kitab Ahkaam al-’Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, edisi terjemahan dengan tajuk Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya, Pustaka Imam asy-Syafie, Jakarta (2005), ms. 98.

Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Ibn Qudamah r.h berkata:

“Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon ampun) kepada ALLAH. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja.” – Rujuk Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96. Dinukil dari kitab Ahkaam al-’Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, ms. 99

4. Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada 7 bahagian.

Jabir r.a berkata:

نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ

Maksudnya:
“Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah s.a.w ketika di Hudaibiyah. Seekor unta untuk 7 orang dan menyembelih lembu untuk 7 orang bersama-bersama Rasulullah s.a.w.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1318.

5. Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya.

Seseorang dibenarkan berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.

Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah s.a.w. Lalu Abu Ayyub menjawab:

كَانَ الرَّجُلُ يُضَحِّي بِالشَّاةِ عَنْهُ وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ فَيَأْكُلُونَ وَيُطْعِمُونَ

Maksudnya:
“Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain.” – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1425.

6. Ibadah korban dilaksanakan di musolla.

Menurut sunnah Nabi s.a.w. solat sunat Aidil Adha mahupun Aidil Fitri dilaksanakan di musolla, tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin. Dalil yang menunjukkan disunnahkan untuk mengerjakan solat sunat Hari Raya di musolla adalah sebuah hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى. فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاَةُ.

Pada hari Aidil Fitri dan Aidil Adha, Rasulullah s.a.w. keluar menuju musholla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat Hari Raya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 956.

Sebagaimana yang telah kita maklum solat di Masjid Nabawi adalah lebih baik daripada solat 1,000 kali di masjid lain selain Masjidil Haram. Namun ternyata meskipun dengan keutamaan sebesar ini Rasulullah s.a.w. tetap memerintahkan para sahabat untuk mendirikan solat Hari Raya di musolla. Ibnu Qudamah r.h di dalam al-Mughni (jilid 3, ms. 260) berkata:

“Mengerjakan solat Hari Raya di musholla adalah sunnah, kerana dahulu Nabi s.a.w. keluar ke tanah lapang dan meninggalkan masjidnya (iaitu Masjid Nabawi). Demikian pula para khulafa’ al-Rasyidin. Dan ini merupakan kesepakatan kaum muslimim. Mereka telah sepakat di setiap zaman dan tempat untuk keluar ke tanah lapang ketika solat Hari Raya.”

Oleh itu disunnahkan melaksanakan ibadah korban di tanah lapang yang digunakan untuk mengerjakan solat Aidil Adha (musolla) demi memperlihatkan syiar Islam.

Menurut Ibn Umar r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْبَحُ وَيَنْحَرُ بِالْمُصَلَّى

Maksudnya:
“Sudah menjadi kebiasaan baginda menyembelih dan berkorban di musolla.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5552.

7. Sunnah menyembelih sendiri haiwan korban.

Sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata:

ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ

Maksudnya:
“Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5565.

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.

8. Menyembelih haiwan korban mengikut sunnah.

Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta. Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca (بِسْمَ اللهِ وَاللهُ أَكْبَر).

Anas r.a berkata:

ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ وَسَمَّى وَكَبَّرَ وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا

Maksudnya:
“Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut nama ALLAH dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung keduanya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5565.

Ketika menyembelih kita hendaklah mengerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakang. Darah dari anggota badan haiwan korban tersebut hendaklah dialirkan keluar sepenuhnya sebelum melapahnya.

9. Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan.

Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan mensedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.

Sabda Nabi s.a.w:

فَكُلُوا وَادَّخِرُوا وَتَصَدَّقُوا

Maksudnya:
“Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu).” – Hadis riwayat al-Muslim di dalam Sahih al-Muslim, hadis no: 1971.

10. Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban.

Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata:

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لاَ أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا. قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Maksudnya:
“Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1317.

Demikianlah beberapa sunnah Rasulullah s.a.w ketika melaksnakan ibadah korban sempena sambutan Aidil Adha. Oleh itu, kita hendaklah bersungguh-sungguh mengamalkan sunnah-sunnah tersebut.

Berbahagialah orang-orang yang diberi taufik oleh ALLAH dalam beribadah kepadaNYA dengan mengikuti sunnah NabiNYA dan tidak mencampur-adukkannya dengan amalan bid’ah.

Oleh: Mohd Yaakub Mohd Yunus

MENINGGALKAN SOLAT oleh Amri El Wahab.

http://hembusan-amal.blogspot.com/2009/10/meninggalkan-solat.html

Rasulullah saw. bersabda “Perpisahan antara seorang lelaki dengan syirik dan kufur itu ialah solat”

Meninggalkan sembahyang atau solat lebih besar dosanya dari perkara-perkara yang lain. Diriwayatkan ada seorang wanita datang berjumpa Nabi Allah Musa as. merayu kepadanya agar dapat memohon kepada Allah swt. mengampunkan kesalahan dan dosanya yang lalu. Nabi Allah Musa as. bertanya apakah dosa itu. Wanita itu menjawab ia sudah bersuami dan telah berzina dengan orang lain dan apabila telah melahirkan anak ia membunuh anak itu.

Mendengarkan pengakuannnya, Nabi Allah Musa as. berasa teramat marah lalu menghalau wanita tersebut. Dengan perasaan sedih, hampa dan kecewa terus pergi dari situ.

Tidak lama kemudian, tiba-tiba Nabi Allah Musa as. memanggilnya semula dan mengatakan bahawa Allah swt. telah mengampunkan dosanya. Maka bergembiralah wanita itu tadi denga rasa syukur. Nabi Allah Musa as. bertanya kepada Malaikat Jibril as. apakah dosa yang lebih besar dari itu. Maka jawab Jibril as. Dosa yang lebih besar ialah dosa orang yang meninggalkan sembahyang atau solat.

AKIBAT MENINGGALKAN SOLAT SIKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA

1. Allah swt. mengurangkan keberkatan umurnya

2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah swt.

3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam

4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya

5. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala

SIKSAAN KETIKA SAKHARATUL MAUT

1. Ia akan menghadapi sakharatul maut dalam keadaan hina

2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan

3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebayak tujuh lautan

SIKSAAN KETIKA DALAM KUBUR

1. Allah swt. akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya

2. Kuburnya akan digelapkan

3. Allah swt. akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat

SIKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT

1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mashyar oleh Malaikat

2. Allah swt. tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan

3. Allah swt. tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka

NISBAH DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG

(i) Sembahyang Subuh Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam Neraka (bersamaan 60,000 tahun dunia)

(ii) Sembahyang Zuhur Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam

(iii) Sembahyang Asar Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah

(iv) Sembahyang Maghrib Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (bagi lelaki) atau dengan ayahnya (bagi perempuan)

(v) Sembahyang Isyak Allah swt. tidak redha ia hidup di bumi Allah swt. ini dan digesa agar ia mencari bumi lain

Rujukan:
1)http://roudhah.wordpress.com/2007/05/23/al-yawaqitu-wal-jawahir-bab-akibat-bagi-orang-yang-meninggalkan-sholat/
2)
http://jaipk.perak.gov.my/index.php/Solat/12-AZAB-BAGI-MEREKA-YANG-MENINGGALKAN-SEMBAHYANG.html

A Crime to Contextualize by Ridzwan.com

Saturday, November 7, 2009

Is it really necessary to frame an offender in religious tints whenever the atrocity is being perpetrated by a Muslim?
By The Strategist
Editor, Ridzwan.com

http://ridzwandotcom.blogspot.com/2009/11/crime-to-contextualize.html

A US Army psychiatrist gunned down 13 people at a Texas military base last Thursday. Major Nidal Malik Hasan, who is currently fighting of his life in intensive care after he was suppressed by return fire, was due to be deployed in Afghanistan. He was reportedly opposed to this deployment. The sudden loss of innocent life anywhere by anyone is a tragedy and our heart goes out to relatives of the victims at Fort Hood.

But what appears to be more tragic is the manner in which our media have jumped on the opportunity to immediately contextualize the perpetrator based on his ethnicity and his religion. Major Nidal is an American-born Muslim with parents of Palestinian heritage. When news of this senseless massacre broke, headlines everywhere screamed “Muslim Soldier Kills 13 in Mass Shooting at Fort Hood”. These headlines include the one that was broadcast by Mediacorp’s Channel 5 and Channel News Asia on the 6th November 2009.

These seemingly tacit headlines may not seem like much to the undiscerning reader. But a quarter of humanity cannot help but wonder, why is a person’s religion not mentioned in the headline except for when the perpetrator is a Muslim? After all, when 44-year old Sergeant John M. Russel went on a shooting spree and killed 5 of his fellow soldiers at a US Army base in Baghdad not so long ago in an eerily similar misdemeanor, the same treatment on his religion and ethnic heritage was not given. Why did our headlines not scream “Christian Soldier Kills 5 in Mass Shooting at Camp Liberty”?

In the context of a multi-cultural and multi-ethnic communities , insinuations of this sort does little to add to the value of the story. If there is little evidence the killings at Fort Hood and Camp Liberty were done in the name of the respective religions, then what is the value of predicating a person’s religion and ethnicity into the headline of the story? Muslim soldiers are fast becoming part of the landscape not only in the US Army, but the armies of many other western countries as well. A person’s religious affiliation is a not a suitable attribute to be made a novelty of, especially so in the backdrop of a violent shooting spree that has the potential to inflame deep-seated ethnic and religious resentments.

The relationship between Islam and Christianity have had an uneasy past and will continue to do so in the near future as conflicts around the world take on an overtly religious tone. Unnecessary provocations such as these do not help in convincing Muslim communities that they are not being deliberately targeted as part of a subtle right-wing agenda. It also threatens to negate all the effort we have made towards enlightening the masses on religious harmony and the true nature of Islam.

Media channels such as Channel 5 and Channel News Asia should have known better, especially since they are serving the needs of a significant Muslim population in Singapore, then to fall into the temptation of pointless religious predications. For all the nation-building efforts it has espoused in the past, this display of religious insensitivity has left us very much surprised.

The manner in which Major Nidal’s crime has been framed have sadly put America’s Muslims on yet another defensive stance. The Council on American-Islamic Relations (CAIR) have issued a statement in condemning the act and warning Muslims to protect themselves against any violence from the American people. But the real damage has already been done-on the perception of Muslims towards our media.

The writer is a student enrolled in the Bachelor of Islamic Revealed Knowledge at the International Islamic University & doing the Master of Science (Strategic Studies) at the Nanyang Technological University.

Shopping mall atau masjid? Pilihlah.. oleh Abu Amar

http://perantaualamfana.blogspot.com/2009/10/shopping-mall-atau-masjid-pilihlah.html

Weekend adalah saat-saat yang dinanti-nantikan. Apakan tidak… inilah hari-hari di mana peluang untuk keluar dari suasana rumah atau tempat kerja di mana sebahagian besar masa yang aku telah luangkan.

Akupun memilih destinasiku.. Ikea Damansara. Mak datuk betapa ramainya orang. Maka pilihan aku tidak silap lagi. Kerana di situ aku bersama-sama ribuan manusia bersesak-sesak. Pengamatanku mengatakan ribuan manusia itu sebahagian besarnya daripada umat Islam. Jadi aku bersama-sama ribuan orang Islam sedang menikmati dunia ini yang pastinya memikat kalbu. Dunia itu indah. Dunia itu lazat… Dunia itu wangi… Dunia itu memberahikan… Dunia itu menyebabkan aku lupa kealpaan..

Aku di kalangan ribuan manusia yang berugama Islam ini sekiranya memenuhi masjid sebagaimana sesaknya di pusat membeli-belah itu tentulah menyerlahkan seribu manfaat masjid. Kenapa masjid lesu dan lengang? Kini masjid seolah-olah menjadi tugu peringatan. Cantik, kaku dan lesu.

Masjid-masjid di zaman Rasulullah adalah pusat kecemerlangan ummah kini ketandusan umat. Masjid di tanah airku telah dilemparkan nasib serupa seperti gereja-gereja di barat. Mungkin masjid itu perlu diubah strategi mengimarahkan masjid. Adakah perlu diupah amoi-amoi yang lawa-lawa seksi menjadi promoter masjid barulah berbondong-bondong manusia menuju ke masjid? Ataupun si imam tua dan jawatankuasa masjid yang sentiasa sibuk mengira-ngira duit tabung masjid itu perlu ditukar dengan manusia pakar konsultansi atau motivasi yang sering terpampang di layar tv. Ataupun teknokrat-teknokrat masjid perlu diberi gaji ribu-ribu ringgit mengambil tugas menyeru orang-orang Islam ke masjid supaya masjid yang kemarau jemaah dikembalikan martabatnya itu.

Kenapa masjid yang mengorbankan jutaan ringgit yang ditaruk lampu-lampu chandelier itu lesu? Tidak padan dengan pengunjung-pengunjung tetap yang hanya menjangkau puluhan orang dan tidak pernah mencecah ratusan jemaah siang mahupun malamnya. Hanya angka ribuan tercatat bila masjid itu dilawati oleh hari Jumaat atau awal Ramadan. Selepas itu ia menjadi lesu dan terus lesu.

Al quran dan Hadis tidak mampu menggilap minat umat Islam Malaysia seperti aku mengimarahkan masjid. Alangkah bodoh dan gelapnya hatiku..

Aku lebih ceria bila amoi-amoi promoter di shopping mall menjelaskan nilai-nilai komersial barang promosi. Amoi-amoi itu tetap melontar senyuman menggoda walaupun aku bukanlah pelanggan tetapnya atau orang yang dikenalinya.

Bila aku tiba di masjid aku khuatir dileteri oleh si imam atau orang-orang masjid yang tidak mesra pelanggan itu. Si imam selalunya melontarkan keluhan-keluhan betapa buruk dan jahatnya umat Islam di sana sini. Bukannya khutbah motivasikan aku agar segar menghayati perintah Allah dan sunnah Nabi. Leteran mingguan ini bakal melesukan aku yang terus lesu.

Alangkah bodohnya aku bila ke masjid…. Kenapa masjid berubah menjadi penjara. Gril di tingkap dan pintu-pintu masjid menyeramkan daku. Kononnya mencegah penagih yang juga kebanyakannya dari umat serumpunku. Adakah sekuriti keselamatan masjid perlu begini? Bukan masjid saja di gril, bahkan tandas-tandas masjid juga kena digril. Ngerinya aku memikirkan jika aku ingin berteduh sementara waktu sebelum meneruskan perantauan aku. Bagaimana ketika itu aku ingin menyempurnakan hajatku ketika aku sakit perut.

Akhir kata… masjid tetap lesu, shopping mall tetap ceria.. Masjid menjadi tugu… shopping mall tetap menggoda aku untuk mengembara ke sana… Oh imam.. Oh ajk masjid… bilakah korang nak berubah agar aku yang jahil ni menjadi pengunjung setia masjid…